OOO

Khamis, September 10, 2015

Resepi Ayam Masak Halia Sedap dan Mudah

Assalammualaikum semua

Ambil resepi dari blog Ita

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam ~ potong kecil, basuh bersih dan toskan ( ita goreng dulu ayam ni dengan kunyit dan garam )
3 sudu besar sos tiram 
1 sudu kecil tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang atau sup ~ potong pendek
1 biji buah tomato ~ belah 4-tak letak
1/2 batang carrot ~ potong kecil-tak letak
minyak utk menumis
garam dan sedikit gula

Bahan Hiris

5 cm halia
1 labu  bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.

3 ulasan:

  1. terima kasih share resepi . boleh cuba ni :)

    Jemput singgah Detoks hati

    BalasPadam
  2. okeh. esok boleh cuba. tadi baru beli ayam. hehehe :)

    BalasPadam
  3. Selalu masak ni tak masuk tepung jagung. Boleh cuba ni

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...