OOO

Khamis, November 19, 2015

Cara Buat Kuah Yong Tau Fu Sedap


Assalammualaikum semua
Kami satu keluarga memang suka makan yong tau fu, tapi sekarang ni mahal sangat dah.  1 bahan ada yang 50 sen dan ada yang 1.00.  Kalau beli untuk satu keluarga memang bayar puluhan ringgit.

KUAH YONG TAU FU
Resepi Asal: MINAMI MyR
sumber : Ika@Arah & K.Nor

Bahan:
10 tangkai cili kering>>Yg ni kita lebihkan
gula melaka atau kurozato >>yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
bijan goreng
gula(kalau kurang manis) >>Lebih kurang 1/2 sudu besar
1 s.k garam
3 cm belacan >>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air >>yg ni terpulang
sedikit ajinomoto ~ k.nor tak letak
Cara:
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Untuk kuah sup pulak kita guna resepi yg biasa kita gunakan, resepi dr sorang kawan cina kita kat sini :-)



KUAH SUP
Resepi Asal : Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1000ml air
15 ekor ikan bilis siang bersih buang kepala sume
5 atau 6 ulas bwg putih tak yah kopek kulit, basuh..
1 labu bwg sederhana besar
Leek tak masukkan pun tak pe
Kicap cair
Garam
Gula
Secubit atau 2 cubit stok ayam
Lada sulah


Cara:
Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer.. Kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2..
Boleh digunakan untuk celur bhn2 yong tau fu di atas tadi atau dgn wantan :-)



2 ulasan:

  1. Yong Tau Fu antara kegemaran saya. Kalau ke pasar malam wajib beli. :)

    BalasPadam
  2. wah best2 tq share resepi yer. boleh dicuba nnti

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...