OOO

Isnin, Disember 07, 2015

Naik Bas Abu Dhabi ke Dubai

Assalammualaikum semua

Hari Rabu hingga Sabtu minggu lepas kat UAE cuti 4 hari termasuk cuti mingguan Jumaat dan Sabtu sebab merdeka dan hari pahlawan.


Kami memang dah plan nak gi Dubai, oleh sebab lesen kita tak laku, suami tak leh nak sewa kereta.


Teksi pula nak 250 dirham one way, pastu kalau nak jejalan kat sana kena bayar 100 dirham 1 jam.  Mahal pulak rasanya, baik duit tu guna untuk benda lain.


Nak beli ada gak orang cam ulat tawar naik van sapu, tak taulah berapa dirham, kami tak nak ambil risiko, takut jadi apa apa..susah.


Sampai di Terminal bas Abu Dhabi berhampiran Al Wahda Mall, kami terkejut tenguk barisan panjang..bukan kami jer nak berjalan, pelbagai macam bangsa ada dari yang betkulit cerah hinggalah yang berkulit
gelap.

Teringat kenangan dulu dulu, kalau nak gi Seremban kena beratur camni bila nak naik bas di Puduraya dulu.

Lepas beli tiket yang berharga 25 dirham seorang,  alhamdulliah banyak pula bas yang datang, tak lamalah beratur.
 Perjalanan ke Dubai tak sampai 2 jam kalau naik bas, kalau naik kereta lagi cepat rasanya.
Selesa gaklah bas express ni sebab ada toilet dan wifi,  taklah terasa  lama duk dalam bas.
Ralit menikmati pemandangan sepanjang perjalanan
Sekarang ni banyak dah pokok pokok yang tumbuh tak macam 15 tahun dahulu semasa suami bekerja di sini.

Nak sampai Dubai ada gak tol tapi tak yah berhenti cam kat trmpat kita, cuma lalu bawa tiang ni.  Setiap kenderaan ada alat nak bayar tol, kena ada duit..kalau tak cukup boleh kena saman.
Akhirnya sampai gak akak kat Dubai, dulu jelez bila Yana dan geng sampai kat sini, tak sangka pula akak akhirnya jejak kaki kat UAE.
Akhirnya sampai kat Al Ghubaiba Bus Station, tanya driver jauh tak hotel yang kami dah tempah.  Ingat nak naik metro tapi tenguk cam payah nak tukar line, akhirnya kami naik teksi, kena bayar 17 dirham.

Kat malaysia memang  dah jarang naik bas express ataupun bas rapid kat kl, kat negara orang merasa naik bas balik.

Nantikan pot pet pot pet akak lagi yer


4 ulasan:

  1. memang dapat jimat banyak kan naik bas terutama bila berada di negara luar ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu alyaa..tukaran wang tinggi gak

      Padam
  2. byk dpt jimatkan
    alhamdulillah, bestnya dot ke negara org.jln jln cr pengalaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu qasehnyarania, memang best dapat tenguk negara orang

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers