OOO

Ad

Jumaat, Januari 22, 2016

Cara Buat Nasi Kabsah Sedap Dan Mudah

Assalammualaikum semua

Dah selalu gak buat nasi kabsha ni, tapi caranya berlainan.  Kalau nak tenguk resepi boleh ke SINI dan kat SINI.

Kali ni akak guna resepi yang INI.
Yang paling best sebab kali ni dapat guna buah lemon hitam dan safron original.  Kalau nak hasil yang baik gunakanlah saffron gred A tapi harganya mahallah.  

Akak beli ni 50 dirham, cara nak dapat air saffron kena buh air suam pastu tekan tekan sikit kat saffron nak bagi pewarna keluar.  Kalau tak ada saffron boleh ajer guna pewarna kuning.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa 
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:


1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula. 
(Akak keluarkan ayam dan panggang dalam oven)
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.

2 ulasan:

  1. Lama tak jengah kat blog akak...sedapnya masak khabsa kambing kak...

    BalasPadam
  2. Baru tengok gambar ja dah terasa nak makan. Resepi ini saya patut cuba pada masa hadapan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers