OOO

Jumaat, Februari 19, 2016

Abu Dhabi Travel- Madinat Sayed Shopping Centre

Assalammualaikum semua

Kalau nak travel ke Abu Dhabi, nak cari hotel, bolehlah cuba  App HotelsCombined,  untuk membandingkan harga serta dapatkan tawaran yang menarik.

Oh yer kalau dah ke Abu Dhabi, nak beli cenderahati atau jubah, salah satu tempatnya ialah di Souk Madinat Sayed ataupun di kenali Madinat Sayed Shopping Centre and Gold Centre.  

Tempat ni dekat dengan jalan besar pastu terletak bersebelahan masjid tapi kalau orang perempuan nak solat kena pergi kat belah belakang sebelum pintu masuk ke sini.
Kami pergi sebelum solat Jumaat, orang tak ramai sebab kedai mula di buka selepas solat Jumaat. Kat sini ada gak surau tapi yang tak best sebab nak ambil wuduk kena pergi ke tandas yang terletak agak jauh.
Suami pergi solat Jumaat, akak jalan jalan kat pasaraya dulu. Lepas suami habis solat Jumaat, barulah kami jalan jalan kat sini.  Lawa gak pakaian yang di pamerkan di sini, harga akak tak taulah pulak.
Lawa lawa kan kain ni, tapi akak tak minat nak beli.
ada gak tulisan indonesia, agaknya pekerja mereka dari Indonesia yang tulis kot
Kalau nak beli jubah, kenalah pandai tawar sebab harga yang di pamirkan kat jubah tu bukan harga sebenar.  

Tawarlah sehingga dapat harga yang di hajati, kalau nak alter/ubah suai pun boleh tapi kena tunggulah dalam sejam.
kredit : Google
Kami gi gak masuk kat dalam kedai emas sambil cuci mata, biasalah emas dan orang perempuan tak boleh dipisahkan.  

Selain dari tu ada gak di jual pelbagai barangan seperti minyak wangi, jam tangan dan pelbagai barangan yang lain.  

Jangan lupa tawar tau, kalau idak kena ketuk dek penjual kat sini.  Nasib baiklah suami akak ni rajin menawarkan harga bila akak dah pilih barang, selalunya dapat ajer harga yang kita nak.

4 ulasan:

  1. Wah dah sampai Abu Dhabi ye kakina..
    Cuci matalah dulu tu kakina..
    Pastu boleh rembat seurat dua gelang emas tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak window shopping ajer norhayati

      Padam
  2. Cuci dan bulatkan mata melihat kiri dan kanan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mampu lihat ajer, shopping kat tingkap ajer

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers