OOO

Selasa, Februari 23, 2016

Kek Marble Lembab Dan Sedap

Assalammualaikum semua

Cuti raya cina kan panjang, akak tak ke mana mana pun sebab malas nak hadap jem sana..jem sini. Tak suka nak pegi bercuti tempat ramai sangat orang, nak makan dan buat aktiviti kena tunggu lama gak.

Anak ada balik rumah akak, kalau nak buat kek kena tunggu saat macam nilah.  Buat seloyang sekejap nak habis.  Bahagia dibuatnya kan..padahal tekak yang nak makan :).


Akak suruh Ira yang buat, bila lagi nak suruh anak ke dapur kan, bila saat cuti panjang camnilah akak kerah dia ke dapur.  Walau belajar tinggi, orang perempuan tetap akan ke dapur gak bila dah berkawin dan ada anak.  Resepi ni akak ambil dari chef fofolur Mat Gebu, akak sajer tabur badam cincang yang ada lebih dalam peti sejuk.

BAHAN-BAHANNYA :-)
230 gram mentega-guna butter SCS
170 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
150 gram gula kastor (resipi asal guna 170 gram)
3 camca besar susu pekat manis
1 camca besar ovallate
1 camca teh esen vanilla
3 camca besar sebuk koko + 4 camca besar air panas + 1 camca teh perisa mocha = kacau hingga jadi pes

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi (che mat guna bundt-pan atau acuan kek berlubang tengah, hanya perlu lenser dengan mentega rata2). Ketepikan.
  2. Putar mentega, susu pekat manis hingga kembang dan putih. Ketepikan. Dalam mangkuk kering dan bersih, putar putih telur hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Terus putar hingga putih telur kental.
  3. Masukkan ovallate dan putar lagi hinga sebati. Sederhanakan kelajuan dan masukkan kuning telur satu persatu hingga habis. Kemudian masukkan pula adunan mentega, putar hingga sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata dan sebati. Tambah esen vanilla dan kacau rata.
  4. Cedok keluar 1/3 bahagian adunan dan tambah bancuhan serbuk koko tadi dan kacau rata2. Tuang 1/2 bahagian adunan biasa, kemudian adunan coklat (tinggalkan sedikit) dan tuang lagi baki adunan biasa hingga habis. Baki adunan coklat ditepek2kan atasnya. Menggunakan chopstick atau pisau, buat beberapa pusingan. 
  5. Bakar kek dalam oven yang telah dipanaskan selama 50 minit atau hingga masak. Kek akan turun sedikit bila sejuk. Hidangkan untuk minum petang.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...