OOO

Ahad, Mac 20, 2016

Ayam Bakar Lada Hitam/Black Pepper Chicken

Assalammualaikum semua

Seminggu bercuti jalan jalan bersama suami tercinta sempena ulangtahun perkawinan kami yang ke 30 tahun.

Sedap gak ayam bakar ni, akak ambil dari blog DAPURKU SAYANG
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (dibersihkan, dipotong ikut suka dan direbus 1/2 masak)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 - 1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit lada sulah 
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan jus lemon
  • 3 sudu makan madu (dibancuh sedikit dgn air)
  • sedikit garam @ gula jika perlu

Cara-cara:
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan peraplah semalaman atau sekurang-kurangnya sejam. Kemudian tambah 2 sudu makan minyak zaitun @ minyak masak dan gaul-gaulkan sebelum dibakar. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C atau sehingga masak. (terbalikkan ayam 15 minit terakhir).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...