Khamis, Mac 31, 2016

Mee Bandung Muar Adami

Assalammualikum semua

Memang dari dulu lagi kalau tekak nak makan mee bandung akan beli pes ni...pes segera kuah Mee Bandung Adami.
Untuk memudahkan akak tepek resepi dari Hana yang ambik dari Mat Gebu

Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning
  • 300 g daging
  • 10 - 15 ekor udang besar
  • 3 pokok sawi hijau
  • 1 biji tomato, belah 4
  • Garam dan sedikit gula
  • Air secukupnya
  • 1 bungkus perencah mee bandung "Muar" (seperti gambar di atas)
  • 5 - 6 biji telur
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis*
  • Hirisan daun sup*
  • Hirisan cili merah*
  • Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)
  • hirisan bawang goreng
  • taugeh
  • fish ball
Cara-cara
  1. Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus 10 minit. 
  2. Kisar kulit udang hingga halus dan tapis untuk stok. Akak tak kisar, cuma toskan ajer air dan masuk dalam air rebusan.  Ketepikan. Udang dicuci bersih dan toskan. 
  3. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali). Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, stok kulit udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  5. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.
  6. Penyediaan Mee Bandung Muar:- Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera.....Memangg Syiokkkk!!!!!
  7. Catatan Mat Gebu : Untuk telur tu, mat masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangai proses sama sehingga telur habis.

2 ulasan:

  1. Pes Adami memang best. saya pun suka guna pes ni

    BalasPadam
  2. Pernah rasa jenama Adami ini sedap. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers