OOO

Ad

Isnin, Mac 07, 2016

Resepi Sup Ketam Baik Untuk Denggi

Assalammualaikum dan selamat berpuasa

Orang kata kalau kena denggi baik makan sup ketam setiap hari sebaiknya ketam nipah.

Kalau nak masukkan sayur boleh, tak nak pun tak per. Resepi mudah camni pun nak letak resepi ker? Iyer akak letak untuk anak-anak untuk rujukan mereka di masa depan.

Bahan-bahan
2 ekor ketam
1/2 batang lobak merah-potong besar
Minyak jagung
Garam dan air secukupnya

Bahan tumbuk/kisar
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 inci halia
sedikit lada sulah-optional

Bahan taburan
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng secukupnya

Cara-caranya
1.  Panaskan minyak jagung, tumis bahan tumbuk/kisar sehingga naik bau.
2.  Masukkan air, ketam, lobak merah dan juga sedikit hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng.
3.  Biarkan mendidih, masukkan garam dan lada sulah.
4.  Bila dah cukup rasa, boleh padam api dan dihidangkan bersama taburan daun sup/daun bawang serta bawang goreng.

4 ulasan:

  1. Ada ketam plak lagila terliur. hehe

    BalasPadam
  2. Salah satu ikhtiar. Biasanya yang mengidap Denggi hilang selera makan.

    BalasPadam
  3. ya allah sedapnya...SA nak buat nanti kak...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers