OOO

Rabu, Mac 09, 2016

Review : Sedapnya Steak di Me'nate Steak Hub Bangi

Assalammualaikum semua

Dah lama akak tak review makan makan ni, bukan tak makan luar, ada gaklah sekali sekali.  

Akak sentap bila akak buh gambar Maggi Kambing kat facebook ada blogger hebat gi buat N3 kata kalau kita tak puas hati kenalah bagitau diam diam kat owner. Tak payahlah nak heboh kat fb.

Ada ker blogger yang buat camtu? Kena bagitau terang-terang, padahal bukan kita kenal sape owner tempat makan tu.

Tapi  bila blogger bawah kelab blogger hebat tu buat review  pasal restoren artis fofolur tak apa pulak. 

Akak tak buat N3 pun cuma pertikaikan kenapa harga Maggi kambing tak berbaloi dengan apa yang di hidangkan kat facebook sahaja tanpa bagitu nama tempat yang akak makan tu.

Kalau akak buat N3 dah tentu blogger tersohor tu bagi akak kaw kaw sebab owner tu kawan baik dia. Owner tu ada pm akak kat fb mintak akak datang lagi kat tempat dia, tapi suami akak tak bagi pi aaa.

Entahlah macam macam ragam blogger sekarang ni, tak sama cam blogger dulu dulu.
Teringin pulak nak rasa bila ramai yang buat review tentang restoren Me'nate yang orang kata mahal berdentum harganya daging yang di sediakan kat situ.  Masa nak masuk rasa berdebar debar gak sebab akak dah janji dengan suami akak nak sponsor.

Fikir gak alamak cam mana kalau duit tak cukup nanti ek.  Bila pilih daging yang memang dah letak harga kita kenalah ikut budget yang kita ada kan.  

Kalau dompet nipis janganlah nak makan steak yang paling mahal, pilih ajer steak yang harga yang kita mampu.
.
 Yang mahal  adalah  harga sepotong daging jenis Matsusaka Wagyu yang dimasak sebab  dikira daging yang paling terbaik dan berkualiti tinggi.

Jadi padanlah dengan harga yang ditawarkan, memang daging yang terbaik sekali.  Kat mana mana restoren pun kalau ambik daging ni sekeping memang cecah ratusan ringgit.
Suami pilih Lamb Loin Bone yang harganya RM34.20 seb dengan sos garlic.  Senang hati akak bila suami kata berbaloi makan sebab kalau gi makan order lamb kat tempat lain banyak lemak dan tulang.
akak pilih Grain Fed Strip dengan sos lada hitam yang harganya RM40.70 sen, puas hati aa sebab memang sedap dan lembut daging ni.
Imran ambil yang sama dengan suami yang berharga RM35.00.  Akak ingat nak ambil salmon tapi bila tenguk harga 50 lebih tak jadilah pulak, cam mahal jer rasa ikan tu, baik makan daging.
Mix salad ni sedap gak, RM14.00, kalau ambik menu steak kita dapat air percuma, refill lah banyak kali pun.

Selain dari tu ada gak pasta, spagheti dan makanan omputeh.  Kalau tenguk harga ok kan, sebab kalau makan kat hotel atau restoren hebat harga lebih kurang sama atU mungkin lagi mahal.

Akak puji ni sebab bukan akak di sponsor tau, akak bayar sendiri dan buat N3 dengan ikhlas, Bila nak makan steak camni untuk belanja anak dan suami, akak pecah tabung ayamlah jawabnya.

Yang paling mustahak sebab kepunyaan orang islam dan kita tak rasa was was nak makan sebab dah tentu halal kan.

Me'nate Steak Hub 
25, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor, Malaysia

28 ulasan:

  1. dah bukak ek, selalu lalu depan kedai ni tak bukak2x. nak singgah gak la pasni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun ni rasanya bahrain, akak pun tau bila ada geng bagitau kat fb

      Padam
  2. akak,sedap nya nti try insyAllah

    rindu la zaman blog dulu2 kan


    mcm2 hal la , dunia oh dunia

    pia

    BalasPadam
    Balasan
    1. try aaa, support orang kita. sekarang ni tak sama dah macam dulu kan sheherazade

      Padam
  3. kalau kita pilih ikut kemampuan rasanya takda masalah nak makan dekat sini. sekali sekala keluar duit lebih apa salahnya kan kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu hazmin, sekali sekala tak apa, kalau selalu rabak gak dompet

      Padam
  4. Saya makan di branch nya di Melaka kak. Mmg sedap. Erm...saya agree dgn akak. Pada saya, blogger ada kebebasan menulis. Sama macam wartawan. Secara etikanya, tak perlu lah kita kondem blogger lain. Manusia itu kan unik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo kat melaka ada ek, tak taulah pula.
      kita tulis ikut apa yang kita lalui, bukan buat cerita semata mata kan

      Padam
  5. teringin nak pi dengan family, insyaAllah one day

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dengan family, memang ratusan ringgit tapi tak per, nilainya tak sama dengan wang ringgit bila dapat berkumpul dengan family

      Padam
  6. teringin nak makan sini belum rezeki lg..

    BalasPadam
  7. Sekali sekala melayan selerakan kak. :)

    BalasPadam
  8. sedapnye.. teringin jugak la nak cuba =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba jangan tak cuba, kalau dompet tebal ambik yang mahal tau

      Padam
  9. Untung la ada tabung ayam yang boleh dipecahkan kalau nak makan steak mahal. Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal, pasni ni tak nak simpan dalam tabung ayam, nak cari tabung besi payah nak pecahkan

      Padam
  10. memang sedap, pernah makan sekali kat wangsa maju, yang lamb tu sedap sangat.

    BalasPadam
  11. ada yang cakap coleslaw dekat kfc lebih sedap daripada dekat menate ni..betul ke?

    BalasPadam
  12. sesekali takpe kak ina..bukan selalu..hehehehe..

    BalasPadam
  13. Waaaa menarik. Asben ade ckp nak pegi sebab nak try lamb dia. Sy tak makan lamb, nanti nk tgok apa lagi yg menarik hehe

    BalasPadam
  14. Memang best steak kat situ kan kak..
    Kami pergi tiga dewasa, tiga kanak2..
    Dewasa termasuk mak buyung menunggu hai ni yg nak makan dari appertizer sampai pencuci mulut..
    Bila dapat bil, suami cakap, not bad la. Baru rm120 gitu. Makan kenyang, dan yg penting, puas hati, n yakin halal.

    Pesan dia, kalau dah rasa contractions, cakap ngan dia cepat, sbb nak dating berdua je sebelum masuk labour room sebelah menate tu. Kih kih

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu farhana, yang penting sedap kat tekak dan halal, bukan kita nak makan hari hari pun an

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...