OOO

Jumaat, April 01, 2016

Cuti Cuti Malaysia 2016 (Hari Pertama)

Assalammualaikum semua

Masa gi Abu Dhabi jumpa suami bulan November tahun lepas, akak sedih gak sebab duk berjauhan dengan suami.  Dah lama kami tak berpisah, bila dah berusia ni rasa kesunyian bila pasangan tak bersama dengan kita.  Tapi pujukkan hati sebab suami pergi bukan suka suka tapi pergi mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Masa kat sana, akak suarakan hasrat di hati nak jalan berdua ajer bersama suami sempena ulangtahun perkawinan kami pada 5 Januari yang ke 30 tahun.  Tak dapat sambut sebab suami tak dapat balik.

Alhamdulliah suami merealisikan impian akak, tak bawa anak kecik kami pun, cuma berdua cam honeymoonlah kiranya.  Kami tak rancang nak berehat kat mana, nak pergi mana.  Main terjah ajer, tak booking bilik pun walaupun tau bila cuti sekolah memang banyak bilik penuh.  

Cuti sekolah bulan Mac lepas, hari Ahad kami gerak dari Gombak sebab kebetulan anak anak berkumpul, Imran akak tinggalkan kat Gombak bersama abang dia.  Bertolak agak lambat dalam pukul 12 lebih kami memulakan perjalan ke utara dulu.

Kami berhenti rehat di RTC Gopeng untuk solat jamak dan makan simple, besar gak kawasan ni rupanya.  Ada Mydin dan tempat menjamu selesa, kami cuma makan bihun sup dan kuetiaw goreng.
Bila gerak dari Gopeng baru akak sibuk cari tempat berehat, google nak tidur kat Hotel Seri Malaysia tapi tak tau kat mana nak berhenti.  Bila dah beransur petang kami ambil keputusan nak berhenti rehat di Sungai Petani tapi hotel tu dah penuh, yang tinggal family room.

Bila google jumpa Sungai Petani Inn, kami call, nasib baik ada bilik kosong.  Bermalamlah kami di situ sebab suami kata nak pi Alor Star jauh lagi. Bilik kira ok gak lah taklah secantik hotel mahal harga dekat RM200.

Malam pun kami malas nak keluar, makan ajer kat situ..harga pun kira ok lah.
 nasi goreng cina kongsi berdua, memang sedap
fish fingers, ok gak rasanya, cuma sos tu kurang umphh..lepak jap pastu hanyut di buai mimpi.






1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...