Selasa, April 05, 2016

Kari Ketam Stail Mamak

Assalammualaikum semua
Kalau ikut anak terutama Firdaus tak berapa suka nak makan ketam sebab katanya susah nak makan..hermm kadang kadang tekak tukang masak nak makan gak.  

Kari ni tak tak buh santan, akak buat tairu, kalau tak suka boleh guna santan, yogurt ataupun susu cair.

Bahan-bahannya

  • 3 ekor ketam potong dua-bersih dan tos
  • 1 cawan susu cair di campur dengan jus 3 biji limau kasturi-jadi tairu
  • tomato dadu
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 paket kecil serbuk kari ikan/ketam
  • air secukupnya
  • garam dan minyak zaitun/sayur/jagung

Bahan Tumis
sedikit biji sawi
1/2 biji hirisan bawang besar
1 pelepah daun kari
rempah 3 sekawan

Cara-caranya
1.  Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan halia dan campurkan dengan serbuk kari.
2.  Panaskan minyak, tumis semua bahan tumis, tomato dan masukkan bahan tumbuk bersama serbuk kari tadi.
3.  Masukkan sedikit air dan biarkan masak dengan menggunakan api kecil sambil di kacau selalu dalam 10 minit atau naik minyak.
4.  Masukkan pula ketam, gaul dan masukkan tairu bersama air 1 atau 2 cawan dan biarkan mendidih.
5.  Perisakan kari dan biarkan kuah agak pekat.
6.  Bolehlah di angkat dan di hidangkan.

5 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers