OOO

Ahad, April 24, 2016

Kuih Tradisi Perak : Putu Perak

Assalammualaikum

Dah lama akak teringin nak makan putu perak ni tau sejak teman update status kat fb kata putu perak ni sedap, tapi tak ada rezeki nak jumpa.  Bila kawan kata ada jual di R & R Ulu Bernam menghala ke arah selatan akak rasa frust gak sebab sebelum ni kami jarang ke utara sebab banyak kaum kerabat kat area selatan.  

Tak kuasalah semata mata ke situ nak makan putu perak ni sebab bukan akak mengidam sebab mengandung...hi..hi hi

Bila Ira di tawarkan belajar di UITM Tapah, gembira rasa hati sebab bolehlah nanti singgah nanti. Tapi bila pergi tempat jual dah tak ada, betapa kecewanya akak di buatnya.

Akak padamkan keinginan nak makan sebab pastu pindah kat Miri, kalau ada kat sana memang bestlah tapi mana ada kan.  Bila dah balik terus ke semenanjung, akak terus pindah duk kat Selangor. Nak lari dari kesibukan trafik di Kuala Lumpur, duk kat sini manalah ada jalan sesak, masa akan datang tak taulah.
Akhirnya awal tahun ni, terjumpalah putu perak kat Pasar Pagi Salak, laaa selama ni akak dah berkali kali pergi tak tau ada orang jual kat sini.  Punya gembira rasa hati dah tertunai hasrat di hati >)

Bila google cara nak buat putu perak ni, bahan bahannya tak banyak cuma tepung beras, beras pulut dan kelapa parut.  Nak bagi perisa kenalah ada gula dan garam.
 kredit ambik gambar kat SINI

Beras kena rendam semalaman sebelum di tos dan kemudian di kisar kasar.
Pastu kena kukus 40 minit dan kisar lagi sampai jadi tepung.
Biarkan sejuk sekurang kurangnya 12 jam....mak aiii lamanya.
Confirm dah sejuk barulah tepung beras akan di gaul dengan tepung pulut dan di kisar lagi sehingga sebati.
gambar ambik kat SINI
Campur pula gula pasir nak kasi rasa manis sikit, pastu masukkan adunan dalam acuan tapi separuh ajer dulu.
gambar ambik tempat yang sama 
Masukkan inti kelapa dan garam, pastu tutup dengan adunan tepung lagi dan kukus sampai masak.

Ada ker yang rajin nak buat, akak idak lah gamaknya, cam remeh jer

10 ulasan:

  1. Wah cantik dan nampak gebu. Tentu sedap.

    BalasPadam
  2. assalam ina akak pun teringin ni..pasar pagi salak tu salak tinggi ke salak lama..pasar tani ke pasar yang jual ikan tu,..teringin nak pergi beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat pasar pagi/tani hari ahad kat pekan salak lama

      Padam
  3. serius. nampak sedap je.. boleh juga try buat sendiri ni.

    BalasPadam
  4. Kat Tesco Extra Selayang ada jual putu perak ni kat food court dia, sedap sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. jauhlah pulak nak pegi. tqvm bagi info

      Padam
  5. Kat area kampung baru atau sungai buloh ada tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba cari kat tesco extra selayang

      Padam
  6. Saya ada jual di gombak. Kalau nak order whatsapp kak ina 0169293828. Jangan pm tau

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers