OOO

Isnin, Jun 13, 2016

Resepi Ayam Bakar Madu Mudah Dan Sedap

Assalammualaikum semua

Akak buat ayam ni hari Jumaat lepas, nak bawa balik ke rumah Gombak.  Akak dah perap semalaman jadi rasanya lebih sedap.  

Akak gunakan ayam kecil yang di belah dua dan di kelar kelar supaya rempah ratus meresap masuk kedalam isi ayam.

Dah sampai sana, main dengan cucu, sibuk prepare nak berbuka sehingga terlupa nak ambik gambar ayam yang dah masak.

Bahan Utama
1 ekor ayam ukuran kecil-belah dua, bersih dan toskan.

Bahan Kisar
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 sudu teh ketumbar

Bahan Lain
4 sudu makan madu
sedikit gula melaka
sedikit jus lemon
serbuk kunyit (pilihan)
garam dan minyak zaitun/minyak sayur

Cara-caranya
1.  Campurkan semua bahan kisar ke dalam ayam, masukkan pula madu, garam, jus lemon, serbuk kunyit dan minyak zaitun.
2.  Perap sekurang-kurang 3 hingga 4 jam (akak perap semalaman)
3.  Lenser dulang pembakar dengan minyak zaitun atau alas dengan aluminium foil.
4.  Bakar dalam suhu 170=180C dalam jangkamasa 30-40 minit atau  sehingga ayam keperangan.

3 ulasan:

  1. Kena pula dengan kuah lemond memang menjadik. :)

    BalasPadam
  2. fav juga ni..tp blum buat utk menu berbuka

    BalasPadam
  3. Ini lauk yg laju jer kak ina..
    Anak2 suka ni..
    Kena cuba resepi kak ina..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...