Ahad, Jun 19, 2016

Resepi Kuah Lodeh Lontong/Nasi Impit/Ketupat

Assalammualaikum semua

Kalau raya tak ada ketupat, lemang, ketupat palas, lontong atau nasi impit tak sah kan.  Nak nak orang Jawa Johor, nak berkuah dan lauk nak di makan bersama kuah lodeh.

Borak borak dengan suami, rasa nak makan nasi impit segera dengan kuah lodeh..suami kata..erhmm sedapnya.
Ok jomlah kita ke pasar cari bahan, kebetulan Yana balik ke rumah.  Akak buat sikit sambal tumis ikan bilis dan rendang ayam bandar.

Bahan-bahan
  •  200gm udang-kopek dan bersihkan
  •  400 ml santan + 400ml air = 800ml santan cair (anggaran)
                                               
  •  200 ml santan pekat
  •  4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 batang serai di titik
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
Bahan-bahan lain 
  • 2-3 keping fucuk(patah-patahkan lepas tu rendam
  • suhun-rendam dan gunting pendek
  • 2 bungkus tempe-potong dadu- (goreng)
  • 2 biji tahu-potong 6 (goreng)
  • 1/2 biji kobis-potong besar-besar
  • kacang panjang-potong menyerong
  • 2 biji cili merah-hiris halus
  • lobak merah - potong memanjang-pilihan
Cara-cara

1. Tumbuk bawang merah dan putih dan masukkan kedalam periuk bersama  serai dan santan cair dahulu. 
2. Masukkan juga serbuk kunyit dengan menggunakan api kecil kacau selalu santan cair sehingga mendidih.

3. Bila telah  mendidih masukkan udang, suhun, tempe, fucuk dan tahu. Masukkan garam.
 
4. Masukkan pula santan pekat bersama kacang panjang, cili merah dan kobis.
5. Biarkan mendidih sekejap, rasa garam dan bolehlah di hidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers