OOO

Rabu, Jun 08, 2016

Resepi Udang Blackpepper/Lada Hitam-Menu Ramadhan

Assalammualaikum semua

Duk kat rumah ni pening gak fikir nak masak untk buka puasa ni..kadang pagi cadang nak buat menu yang ini.  Bila petang tukar fikiranlah pulak.

 Bahan-bahan
10 ekor udang-tinggalkan kulit hujung
1 biji bawang besar-potong bulat
5 biji bawang putih
1/2 inci halia
sedikit lada hitam


3 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos tiram
Sedikit air, minyak dan garam
Brokoli dan cendawan-potong besar
1 batang cili hijau-hiris serong

Cara-cara
1.  Lumur udang dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng dengan sedikit minyak sehingga 1/2 masak atau kulit kemerahan, jangan lama tau takut udang liat.
2.  Tumbuk/kisar bawang putih bersama halia dan lada hitam dan tumis menggunakan minyak goreng udang dan masukkan pula bawang besar.
3.  Masukkan sos tiram dan sos lada hitam bersama sedikit air, bila dah pekat sikit masuk pula brokoli, hirisan cili hijau dan cendawan,biarkan sebentar.
4.  Akhir sekali masukkan udang dan sedikit garam, bolehlah di angkat.

4 ulasan:

  1. Simple je...Insyaallah nanti SA nk buat jugak la...

    BalasPadam
  2. Waaa terliur tengok resepi akak. Boleh suruh isteri cuba buat

    BalasPadam
  3. Kat freeze pun ada udang dok ingat nak buat sambal, tapi bila tengok entry kak Ina teringin nak buat black pepper plak :) Cuma nak kena cari sos lada hitam la nanti :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers