OOO

Isnin, Julai 18, 2016

Dari Grik Ke Kota Bharu Kelantan

Assalammualaikum semua


Jomlah sambung lagi cerita ceriti gi jejalan berdua dengan suami pada bulan Mac lepas, biasalah kisah travel memang ambik masa yang lama nak story mory.
Setelah menghilangkan penat di Tune Hotel Kulim, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Timur dan destinasi seterusanya ke Kelantan pula.

Tak pernah lagi ikut jalan ke Grik dari Kulim, subhanallah cantiknya pemandangan di pagi hari, kereta pun tak banyak, perjalanan memang berjalan lancar, alhamdulliah.  

Pastikan isi minyak penuh bila melalui jalan macam ni sebab bukan ada tempat isi minyak, rasanya yang akhir selepas Pekan Grik, pastu memang tak kan jumpa dah.  

Kalau jalan malam memang lah kena isi penuh, dahlah gelap gelita, silap silap terjumpa binatang liar lalu kat jalanraya.
Seronoknya menikmati pemandangan di Lebuhraya Timur Barat  atau di kenali juga sebagai Lebuh Raya Jeli-Grik walaupun yang ada gunung ganang dan hutan belantara.
Suami ajak bermalam kat Belum Rainforest Resort, akak kata lain kali sebab plan asal nak jalan dari utara ke Pantai Timur sahaja.  

Satu yang buat akak ralat sebab terlepas Hentian Rehat di puncak Banjaran Titiwangsa  sebab tak perasan, nak patah balik suami malaslah pulak.
Kami cuma isi minyak di Grik, pastu berhenti  makan di sebuah kedai makan di Jeli, pekena lauk kambing, harganya mahal sikit, nasib baik makan berdua sahaja.
Lepas solat zohor di Masjid Sungai Long, Jeli suami berehat, akak jadi driver pula.  Biasalah orang perempuan bawa mestilah tak merempit, lagi pun malas nak terkejar kejar.
Dari Jeli nak ke Rantau Panjang dah tak jauh, trafik pun ok, akhirnya sampailah kami kat Rantau Panjang.  Oleh sebab cuaca kat sana panas sungguh, berpeluhlah gak di buatnya bila gi kat kedai kedai kat situ.

Kami memang cadang nak beli kuali dan periuk besar oleh sebab keluarga dah berkembang dan makin ramai dah kat rumah ni.

Belilah macam biasa pulut hitam dan pulut buat mak dan besan.  Yang lain kami tak beli pun, pastu gerak ke Kota Bharu.  

Kami bermalam di Hotel Perdana puas hati gak bermalam kat sini, sarapan pagi pun banyak pilihan.

3 ulasan:

  1. kak ina ..blogkan hotel perdana. nak tahu juga pasal harga dan keistimewaannya

    BalasPadam
  2. mesti syok akan bershopping di rantau panjang kan

    BalasPadam
  3. aya pernah dr taiping ke kl melalui grik , kelantan , pahang , kl .. 3 hari 2 malam punya perjalanan ..seronok kak .. singgah di hutan belum sejuk jee

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...