OOO

Ahad, Julai 03, 2016

Satay Goreng Dan Kuah Kacang Sedap

Assalammualaikum semua

Tentu ramai yang dah sampai ke kampung halaman masing masing, tentu rasa gembira dapat berjumpa ibubapa tercinta dan adik beradik.  Dah ramai mulalah bising nak masak itu, nak masak ini. Kalau dapat ipar duai yang rajin ke dapur memang raya beruntung, tapi bila dapat yang cuma pandai pasang badan dan alasan punya anak kecik, memang harulah dibuatnya.


Sekarang ni tak yah tunggu raya dah boleh makan macam ni, dulu dulu masa kecik memang jaranglah dapat makan sedap sebab arwah abah kerja biasa biasa ajer.

Alhamdulliah dengan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kami sekeluarga dapat menikmati rezeki melimpah macam ni.  Bila kenangkan semula waktu mula mula kawin dulu, dengan gaji cuma RM700, nak bayar sewa rumah 150, bil api dan air dah tinggal berapa.

Terpaksa akak berjimat cermat masa tu, kebetulan dua adik ipar duk sama kami.
Semua itu akan sentiasa menjadi ingatan manis kami berdua sepanjang perkawinan kami yang telah mencapai 30 tahun. 

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
Dikisar dgn air: 

  • 6 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering, direndam
  • Asam jawa Adabi
  • 1/2 keping gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 susu besar garam
  • Air anggaran 400ml - 500ml
  • sedikit santan
Cara-cara: 
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak, masukkan sedikit santan dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah pekat.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya. 

SATE GORENG
1 kilo paru/ayam/ daging/ apa-apa sahaja yang ada dalam simpanan anda
150 gram gula pasir
100 gram gula melaka
100 gram madu
2 sudu kecil garam
3 sudu makan serbuk ketumbar - di sangai
2-3 sudu kecil serbuk jintan manis - di sangai
1/2 sudu makan serbuk lada sulah
(Nota: Sebaik-baiknya bila kisar serbuk ketumbar dan jintan manis tu jangan sampai terlalu halus)
.
Bahan Kisar (tapi jangan sampai terlalu halus)
6 ulas bawang putih
1/2 ibujari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai- hiris nipis
1/2 jari kunyit hidup
.
Cara-cara
- Bersihkan ayam/ daging. Kalau guna paru, sila rebus paru hingga betul-betul lembut dan hiris sama saiz.
- Gaulkan dengan semua bahan yang lain. Sebatikan.
- Perap beberapa jam (semalaman lagi baik).
- Boleh gunakan beberapa cara untuk memasak sate ini:
(1) Goreng dengan minyak yang agak banyak di dalam non stick pan ataupun kuali biasa sehingga garing.(akak suka hitam-hitam sikit)
(2) Goreng tanpa minyak/ sedikit sahaja minyak di dalam kuali hingga garing
(3) Bakar dalam oven dengan sedikit minyak, pada suhu maksimum dan kacau-kacau sekejap-sekejap dan masak hingga agak garing.
(4)  Masukkan dalam kuali sampai air kering, baru masukkan minyak.

Terpulanglah nak ikut yang mana yer

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...