OOO

Ad

Selasa, Ogos 02, 2016

Nasi Lemak Sedap Dan Ayam Goreng

Assalammualaikum
Kali ni buat nasi lemak goreng kangkong ambik kat kebun kecik tepi rumah.

Bahan-bahan (Anggaran-7 orang makan)
4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan santan
2 biji bawang kecil - hiris
1 biji bawang putih-hiris
1 inci halia-hiris halus
3 helai daun pandan-disiat dan di simpul
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya
Rendam beras basmathi 20 minit.  Bersihkan dan tos dan masukkan ke dalam periuk elektrik.
Masukkan bawang, halia, daun pandan, air, santan dan garam dan kacau sebati dan masaklah nasi seperti biasa. 

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 2 senduk  cili kisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • garam secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak untuk menumis

Cara Memasak
1.  Kisar/tumbuk  bahan-bahan bertanda * dan sedikit ikan bilis bersama belacan.
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar sampai naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan kacau sehingga naik minyak/cili masak.
4.  Masukkan air asam jawa lebih kurang 1/2 cawan bersama garam.
5.  Masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar  dan perlahan api dan biarkan dalam 10-15 minit.
6.  Sebelum di tutup api rasa cukup asam garam dan barulah di padam api.

Rebus telur, goreng ayam dan ikan bilis, sekali sekali merajinkan diri buat camni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers