OOO

Jumaat, Ogos 19, 2016

Resepi Ayam Panggang Rosemary Dan Lemon

Assalammualaikum semua

Kalau nak buat ayam panggang, masa beli jangan beli yang besar, cuba cari yang kecil sebab nanti nak panggang dalam oven tak mengambil masa yang agak lama.


Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam 
  • 1 biji lemon-ambil jus sahaja
  • 3 sudu makan rosemary kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu makan madu
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
 Cara-caranya

1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.
3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.
 

4 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...