Rabu, Ogos 10, 2016

Resepi Dadah Tahai Brunei

Assalammualaikum semua

Nama pun dah menakutkan, apa nak buat sebab masakan ni dah namanya sebegitu.

'Dadah' adalah panggilan untuk masakan daripada ikan tahai - sejenis ikan salai daripada spesis ikan Aur-Aur atau ikan Tamban, yang amat popular di Lawas, kawasan paling utara di Sarawak dan di Limbang. 
Walaupun dah setahun balik semula ke Semenanjung, ikan tamban salai masih ada lagi stok daam peti sejuk.  Tiba tiba tekak teringin nak makan, akak buat masak dadah tahai.

Masakan ni sebenarnya berasal dari Brunei tapi ada gak orang Sarawak kata dari situ, biasalah kan kalau negara berdekatan dah tentu banyak terjadi perkawinan antara dua negara.

Kalau nak di ikutkan resepi ni macam kita masak asam rebus ikan, cuma kelainannya guna ikan salai jadi bau dan rasa masakan ni  ada lain lah sikit.  

Akak guna air asam jawa, kalau tak gemar boleh gak guna asam keping kalau yang  asli dari sana di panggil asam aur aur.



Bahan-bahan
4 ekor ikan tahai
3 biji cili merah-buang biji*
sedikit ikan bilis*
4 biji bawang kecil*
2 biji bawang putih*
sedikit belacan*
1 batang serai-tumbuk hujung
air ikut keperluan
sedikit air air asam jawa
5 batang bendi-kalau banyak lagi best

Cara-cara

1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *.
2. Buang kulit luar ikan tahai, basuh dan toskan.
3. Masukkan semua bahan yang telah lumat ke dalam periuk dan masukkan air.
4. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan tahai, air asam jawa berserta garam. Rebus sehingga ikan tahai lembut.
6. Bila mendidih masukkan bendi yang telah dibuang hujungnya.
7. Rasa cukup garam dan asam barulah di padam api.

5 ulasan:

  1. Teringat akan nasi ganja. Rasa obses dengan masakan yang ada kaitan dengan dadah ni.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nama panas cam ni memang aaa sedappp, jangan lalok udahalah

      Padam
  2. nama dia dah saspen, mesti ada unsur2 saspen juga pada rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah pasal, mula mula cam hairan gak, apa pasal lah nama camni, rupanya loghat orang sana

      Padam
  3. Wah! Yg pelik tu la yg sedap...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers