Selasa, September 27, 2016

RESEPI IKAN BILIS GORENG CILI API DENGAN TEMPE

Assalammualaikum


Makanan ni lah anak anak suka makan, simple dan murah ajer bahannya.


Bahan-bahannya 
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis-ambil sedikit untuk di tumbuk dan lainnya di goreng garing
  • 2 bungkus tempe-sebaiknya tempe yang dibungkus dgn daun -hiris tipis
  • 30-50 biji cili padi-nak banyak pun boleh
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1-2 biji limau kasturi-ambil jus
  •  minyak secukupnya  dan garam

Cara-cara
1. Tumbuk cili padi bersama-sama bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan sedikit ikan bilis sampai lumat. Kalau akak malas akak blend ajer.
2. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga kekuningan. Toskan.
3. Goreng pula ikan bilis. Toskan.

4. Tumis pula bahan tumbuk hingga garing dengan menggunakan api yang sederhana.
5. Apabila telah garing, masukkan sedikit garam, ikan bilis dan petai. Rasa dulu baru tutup api.
6. Kacau sebati dan perahkan jus limau kasturi dan bolehlah dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers