OOO

Khamis, September 15, 2016

Restoren M dan S Cherating

Assalammualaikum semua

Masa bermalam di Cherating, kami search aaa mana tempat makan sedap, bila pergi mak datuk ramainya orang.

Pastu ada pula bas rombongan, dah tentulah kami akan dapat makan 2 jam selepas tu.  Ajak suami terus naik ke arah Kemaman, nampak satu tempat makan bertentangan dengan Balai Polis Cherating, 
Nama restoren ni  M & S.Bila tenguk tak ramai orang dan yang tunggu makanan cuma 2 keluarga, kami pun masuk ke dalam. 
Mula-mula pilih ikan bakar, akak suruh masak ikan bakar bersambal.  Mungkin tak perasan atau salah dengar dia tak letak sambal atas ikan.  Nak komen pun tak guna, nasib baiklah rasanya boleh makan, kena dengan tekak kami
sedap gak kailan goreng ni
Nasi goreng kongsi berdua.  Harga kira berpatutanlah dengan apa yang kami makan. 

2 ulasan:

  1. oo...tak pernah tengok org hidang ikan bakar dengan sambal asing.hihihi

    jemput ke blog sy :

    adianazulhilmistory.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers