OOO

Selasa, September 13, 2016

Sandwich Telur Rebus Mudah Dan Enak

Assalammualaikum semua

Dulu buat Sandwich Egg Filling Untuk Sarapan Pagi, kali ni bakar dulu roti baru umphhh
Akak kalau buat sandwich memang tak buang tepi roti sebab sayang.  Kunyah kunyil lelama habis.
Resepi ni akak ambil dari blog Ita, dah buat pun senang bahannya pun ada kat rumah. Akak bakar dulu roti ni nak bagi keras sikit.

Bahan-bahan
3 atau 4 biji telur ~ di rebus

1 biji bawang Holland ~ di dadu kecil
4 biji cili padi ~ di cincang halus jika suka pedas boleh lebihkan kalau tak suka boleh ganti dengan cili merah



Bahan Sos
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar coleslaw ~ option nak letak boleh tak letak pun tak apa
1 sudu teh lemon jus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam halus



2 buku roti wholemeal ~ jika nak guna roti biasa, pastikan roti tu jenis yang keras sikit, sbb roti yang terlalu lembut tidak sesuai.
Kepingan Chesdale
Iceberg lettuce ~ di hiris ( jika tak ada boleh guna salad atau green coral dan red coral )
1 batang Japanese Cucumber ~ di hiris nipis ( jika tak ada boleh guna timun )
2 biji tomato ~ hiris nipis
Sedikit margerine
* sayur-sayur terpulang pada citarasa, nak letak boleh tak letak pun tak apa. kalau nak lagi ringkas letak timun aje pun ok.


Cara-cara

Telur di lenyek kasar dengan garfu

Masukkan cili padi atau cili merah yang di cincang halus
Masukkan juga bawang Holland yang di dadu
Masukkan lada hitam, garam, Coleslaw ( jika suka ), mayonis dan jus lemon 
Kemudian gaulkan semua bahan rata
Simpan dalam peti ais sebentar


Ambil sepasang roti, bakar kemudian sapukan margerin atau butter di atas setiap keping roti 
( sebelah bahagian sahaja)

Letakkan 1 keping cheesedale
Letakkan sayuran , tomato hiris, salad atau lettuce , dan hirisan timun.
Kemudian letakkan adunan telur tadi, ratakan
Kepitkan dengan sekeping lagi roti yang telah di sapukan margerin atau butter
Tekan permukaan roti biar ia serap dan padat
Potong tepi bahagian roti yang keras
Potong sandwich kepada 2 kepingan atau 4 kepingan segitiga. Jika suka 4 segi potong ikut kesesuaian anda.
Sedia di nikmati

3 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...