OOO

Ad

Sabtu, Oktober 15, 2016

Gulai Lemak Cili Api Jantung Pisang Dan Ikan Masin

Assalammualaikum semua

Sekarang ni tak macam dulu-dulu, nak makan lauk kampung segala tok nenek bahan kena cari kat pasar.  Nasib baiklah akak ada gak tanam sikit sikit kat kebun mini cam daun kunyit, daun limau purut, cili api, daun pandan serta daun kari.

Dulu ada pokok pisang, tapi bila ubaisuai rumah dah tak ada ruang nak tanam pokok pisang, nak tanam kat depan rumah pun dah tak ada ruang.  Nak bakar ikan guna daun pisang terpaksalah beli kat pasar, nak mintak kat jiran rasa malulah pulak.


Masa pegi ke Lumut, belilah ikan bilis dan ikan kurau, tak beli ikan talang.  Gi pulak ke pasar malam kat Taman Seroja, jumpa pulak jantung pisang.  Terus teringin nak makan lauk ikan masin dan jantung pisang.  

Bahan-Bahannya 
1 biji jantung pisang 
2 batang serai, dititik
1 cawan pati santan
1 genggam cili padi (tumbuk)
2 inci kunyit hidup (tumbuk)
Daun kunyit-siat dan di simpul
Garam secukupnyer
2-3 potong isi ikan masin talang (direndam seketika)
Sedikit air

Cara membuatnya
Kupas jantung pisang. Rebus sehingga lembut, toskan. 
Masuk serai,cili padi dan ikan kurau.
Masukkan sedikit air, kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.
Tuang pati santan, masuk jantung pisang dan masak sehingga jantung lembut.
Rasa dan jika kurang masin tambah sedikit garam.


2 ulasan:

  1. sedapnya gulai jantung pisang tu seksi jer nampak...dok sorang-sorang ni maleh nak masak tapi jemu gak makan luar. meh kita cuba resepi yu. Kak ina tolong follow blog saya boleh. tq.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers