OOO

Rabu, Oktober 19, 2016

Kuey Teow Kerang Sedap

Assalammualaikum semua

Aduhaii mahaii betul kan harga kerang sekarang ni, tapi tekak nak makan beli lah gak.


Kalau nak goreng kena cepat masukkan semua bahan dan menggunakan api besar sebab nanti kuey teow hancur.

Bahan-bahan

1 bungkus kuey teow
1 biji telur
5-7 ulas bawang putih - cincang halus
kerang di rebus tanpa air dan di kopek
minyak secukupnya untuk menumis
1/2 sdm sos tiram
1-2 sudu makan kicap pekat manis 
2 sudu makan cili kisar
Tauge secukupnya
Daun kucai

Cara
1) Tumis bahan bawang putih sehingga wangi dan masukkan cili kisar. 
2) Kemudian masukkan kicap manis bersama sos tiram.
3) Masukkan pula kuey teaw, gaul sebati.
4)Masukkan kerang, kucai, taugeh dan sedikit garam gaul segera dengan api yang besar. 
5) Kaup ke tepi, masukkan telur sebiji dan kacau lagi. Rasa dulu dan barulah di angkat.

3 ulasan:

  1. sedapnya kak ina.. kalau dekat dah bawak pinggan hulur.. hehe.. dulu2 ita tak reti masak kuey teow ni tau.. setiap kali masak mesti bergentel.. sekarang baru tau rupanya jangan basuh kuey teownya tu.. haha..kesian..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers