Selasa, Oktober 04, 2016

Kuih Keria Gula Merah Lembut Dan Sedap

Assalammualaikum semua

Kali akak buat kuih keria sira guna gula melaka. Best gak rasanya sebab tak manis sangat.

Bahan-bahan 
250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
70-80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara Menyediakannya
Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Ambil doh, bulat dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah

Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk


Untuk Menyalut Keria
2 sudu besar gula pasir

1/2 gula melaka-potong kecil
5 sudu besar air

1 helai daun pandan- siat dan ikat

Cara-caranya
Panaskan air bersama gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan.
Kacau dengan api sederhana sehingga bertali atau pekat, buang daun pandan.
Masukkan keria gaul rata, tutup api dan alihkan dari dapur.
Kacau sehingga gula kering.

Sedia di hidangkan.

Kalau nak tenguk gambar boleh ke SINI

2 ulasan:

  1. Berniaga kuih-muih contohnya kuih keria seperti di atas merupakan lubuh duit juga, walaupun kosnya agak tinggi sekarang ini namun permintaannya juga tinggi. Usaha tangga kejayaan bagi yang nak pendapatan sampingan.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina...sedap ni buat minum ptg...:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers