OOO

Khamis, Oktober 27, 2016

Resepi Urap Pegaga

Assalammualaikum semua
Selalu buat urap pegaga guna resepi yang INI memang tak goreng/tumis bahan yang telah di tumbuk.  Kali ni terjumpa resepi yang lain sikit, nak gak aaa tukar selera.  

Nak rasa gak macam mana bila urap ni di campur dengan ubi dan daun cekor. Nasib baik ada tanam cekor, tak yah gi beli.  Bila makan, memang terasa kelainannya.

Bahan-bahannya
2   genggam daun pegaga (boleh tambah daun ulaman lain)
10 helai daun cekur  ( daun wajib mesti ada)
3   ulas isi cekur ( jika ada lebih baik sebab aroma nya membangkit selera)
1 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
1/2 biji kelapa parut
1 lada hidup/cili merah
6 biji cili padi ( lebihkan jika suka pedas)
Garam

Cara-cara nya:

1.  Basuh pegaga dan daun cekur, kemudian hiris kasar.
2.  Goreng ikan bilis dan bawang besar.
3.  Tumbuk cili padi, cili merah dan isi cekur bersama ikan bilis dan bawang yg telah di goreng tadi.
4.  Bahan yang telah di tumbuk di masukkan ke dalam mangkuk, gaul bersama kelapa parut dan garam hingga rata.
5.  Akhir sekali masukkan daun-daun yang telah di potong dan gaul lagi supaya rata dan rasa.

3 ulasan:

  1. Saya ada banyak pokok ulam pengaga sampai tak termakan, tengok resepi ni boleh cuba ni nampak sodap.

    BalasPadam
  2. Terima kasih..sekarang saya bru thu cm mna nk buat

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...