OOO

Isnin, Disember 26, 2016

Resepi Pegedil Kentang Sedap

Assalammualaikum semua๐Ÿ˜Š

Seronok ek dapat bercuti selama tiga hari, bukan sajer orang yang kerja suka, orang tak kerja pun suka๐Ÿ‘๐Ÿ‘.
 
Tapi yang tak suka bila nak jejalan cuti cuti malaysia, ๐Ÿ˜“sebab jalan jem, buang masa ajer di jalan raya. Nak gi ke mana mana pun ramai, terutama tempat tumpuan pelancung dan tempat makan.๐Ÿ˜”

Bila buat sup di makan bersama bihun atau mee, memang adalah pegedil terutama bila ada penolong kat rumah.๐Ÿ˜‹

Bahan-bahan
  • 6 biji ubi kentang
  • 4 biji bawang merah - hiris tipis
  • 50gm daging kisar
  • 1/2 sudu teh lada hitam halus
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • sedikit daun sop/bawang-hiris halus
  • putih telur (dari satu biji telur)
  • garam dan minyak secukupnya


  1.  Bersihkan kentang, potong 8 dan goreng/rebus. Toskan.
  2.  Goreng bawang merah dan toskan.
  3.  Goreng daging kisar yang telah di gaul dengan lada hitam dengan minyak yang sedikit. Toskan.
  4. Tumbuk atau masukkan dalam food processer ubi kentang tadi bersama-sama dengan semua bahan termasuk garam.
  5. Kepal dan bentukkan bulat/bujur.
  6. Salut dengan putih telur dan goreng dengan api yang sederhana.
  7. Sedap di makan bersama sup ataupun makan camtu ajer๐Ÿ˜
๐Ÿ’‹Time hujan hujan camni memang best aaa hirup sup panas panas kan๐Ÿ˜‰

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers