OOO

Rabu, Januari 11, 2017

Indahnya Teluk Batik Lumut Perak

Assalammualaikum semua
Salah satu tempat yang akak paling suka ialah lepak tepi pantai, suka sangat dengan pemandangan dan keindahan alam ciptaan Allah SWT.

Percutian singkat ni tak di rancang, plan saat akhir hinggakan tak book pun tempat tidur dengan alasan banyak tempat boleh cari sekarang ni macam homestay.
Sajer nak release tension Ira yang nak ambik final exam, tapi ni dah berlalu 3 bulan yang lepas, alhamdulliah Ira dah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang untuk peringkat diploma.  Tengah tunggu nak ambik degree pula.  Doakan Ira yer πŸ‘§

Lepas ambil Ira kami terus ke Lumut, sambil akak cari bilik kat internet.  Hermm tak tau nak pilih, kami jalan jalan sambil tenguk mana tempat yang sesuai dengan budget dan ok tempat nak tidur semalam.πŸ˜ƒ
Kami ambik bilik area Teluk Batik, taklah dekat dengan pantai kalau kudrat kuat boleh jer jalan. Selepas rehat kami gi aa kat area tepi pantai, nak masuk parking kena bayar RM1.00 kalau nak lagi dekat parking kenalah bayar lagi ..tak silap RM3.00 sekali masuk.
Sayang tandas awam ni, cantik tapi tak boleh guna, πŸ˜–kalau nak guna pergi kat tepi laut ada dua tempat mandi dan tandas kat sana.  Bersihlah gak tapi nak masuk kenalah bayar.πŸ‘Œ

Banyak jer tempat makan dan beli ole ole, tapi kami cuma mengambil angin petang sambil di hiburkan oleh pemuzik jalanan.
Seronok tenguk aktiviti kat tepi pantai, kebetulan cuti ramailah yang bawa kaum keluarga bersantai. Kalau nak sewa kerusi dan meja pun boleh.
Paling suka tenguk matahari terbenam, sanggup tunggu nak menikmati pemandangan sebegini, guna kamera mahal lagi cantik kot.
Balik ke bilik, nak solat dan mandi manda sebab pastu nak jalan jalan cari makan, yang haru kat sini tak ada internet...layan tv ajerlah dalam bilik.

5 ulasan:

  1. Pia pon last pergi 3 tahun lps kot

    pernah pergi Teluk Senangin depan sikit tp xingt jalan dah ehehe

    BalasPadam
  2. ini antara tempat yg wajib pegi setiap tahun..hehehe, murah2 je hotel..ank2 leh main pasir..

    BalasPadam
  3. Lamanya tak jalan2 kat teluk batik

    BalasPadam
  4. Memang best kat sini, hari cuti penuh org, tp kalau hari bekerja kosong je..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers