OOO

Selasa, Januari 03, 2017

JJCM- Watie Corner Kedai tepi Kubur Nilai Negeri Sembilan

😊Assalammualaikum semua

Balik dari Port Dickson, poneklah pulak rasonya, ajak suami makan luar ajerlah.  Selalu gak lalu kat Wati Corner ni tapi tak perasan ada tempat makan kat situ.

Masakan kat sini masakan negori sembilan, banyaklah lauk lomak, macam ikan, daging dan ayam. Masa sampai pukul 1 lebih kedai dah nak tutup, nasib baiklah sempat.😘
Kami order masak lemak ikan merah sekelar harga RM10, masak lemak daging RM10 sebab purata lauk satu pinggan harganya macam ni. 

Kalau tak nak makan masak lomak, leh try makan asam podeh, tapi kalau nak banyak pilihan datanglah awal.  Ada gak sambal belacan dan ulam ulaman.

Kalau lauk habis, memang tutup awal sebab kedai ni masak tak beria ia kot, cukup cukup ajer sebab buka pun tak sampai 4 jam.😅
Kecuali sotong goreng kunyit dan telur dadar harganya bergantung kepada berapa orang makan. 

Sebelum makan, ambik gambo dulu aaa sebab anak anak nak tenguk gambo mana yang paling cantik, al maklumlah Firdaus baru dapat hp baru.😍

Makan dan minum kat sini untuk 4 orang dalam 60 lebih, jangan lambat tau sebab kedai ni buka dalam pukul 11.00 pagi hingga kul 2.00 atau 2.30 petang sahaja.

Masakan kat sini sedap, terasa sesangat😍

Ada gak panggil kedai ni #KEDAITEPIKUBUR,💀 nasib baiklah buka waktu siang, kalau malam tentu rasa seram gak kot😅

Kalau nampak  signboard Pasar Awam Desa Cempaka, gi masuk ikut jalan tu, tapi cuma signboard jer, pasarnya tak ada pun.😁

1 ulasan:

  1. Banyak tempat makan best kat Nilai tu yg SA x habis explore lagi

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers