OOO

Isnin, Januari 09, 2017

Kuih Keria Sira Gula Melaka Viral

Assalammualikum semua😍

Viral sungguh kuih keria antarabangsa, heboh satu malaysia sehingga sanggup beratur panjang semata mata nak rasa kuih keria iteww😅
Kali ni nampak hitam sikit sira gula melaka sebab campur sedikit gula merah, sajer nak try,  kalau nak buh boleh tak nak buh pun boleh 😅

Bahan-bahan 
1/2 kg keledek putih atau oren-suka oren sebab tak ada urat
1 sudu besar tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam

sedikit baking powder

Cara Menyediakannya
Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi, baking powder dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Ambil doh, bulat dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah

Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk

Untuk Menyalut Keria
2 sudu besar gula pasir

1/2 gula melaka-potong kecil
5 sudu besar air

sedikit gula merah-pilihan aa
1 ketul gula batu
1 helai daun pandan- siat dan ikat

Cara-caranya
Panaskan air bersama gula melaka, gula pasir, gula batu, air dan daun pandan.
Kacau dengan api sederhana sehingga bertali atau pekat, buang daun pandan.
Masukkan keria gaul rata, tutup api dan alihkan dari dapur.
Kacau sehingga gula kering.

Sedia di hidangkan.


Seronok bila tenguk suami dan anak anak makan, sekejapan habis👍

8 ulasan:

  1. tu dia.

    jauh nak beli.

    buat sendiri la jawabnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. IYOOO minyak mahal..tol pun mahal tak berbaloi gi jejauh aa

      Padam
  2. terima kasih bagi resipi niee

    piala, medal dan plakk yang terbaikkk klik di sini http://www.kedaipiala.com/

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum Kak Ina,
    lama BW miss u
    masakan akak sentiasa tip top :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mano ado tip top aa..tqvem sudi jenguk blog akak lagi

      Padam
  5. *lama x BG hahah taip pon "tersasul"

    BalasPadam
  6. Nanti nak suruh adik buatkan..SA x pandai buat kuih...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers