Ahad, Januari 08, 2017

Resepi Cendawan Goreng Tepung Rangup

Assalammualaikum semua😊


Bermulanya persekolahan, maka sibuklah jalanraya, entah apa kaitannya pun tak tau
Akak guna tepung tempura ajer mula-mula, lepas tu buat bancuhan tepung yang akak dapat dari google👌

Godek sana..godek sini baru akak tau kebanyakkannya guna tepung jagung, ada gak yang campur dengan tepung gandum.👩

Bahan-bahan
Cendawan tiram
1/2 biji telur
Tepung jagung
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Garam

Cara-caranya💥
Cendawan di cuci dan di lap dengan tisu agar air kering.
Campurkan tepung jagung dengan garam, serbuk kari, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.
Celup cendwan dalam telur dan terus celup dalam tepung tadi. 
Biar dia kering macam tu je. Lepas salut dengan tepung terus goreng hingga garing. 
Toskan dan sedap di makan time panas. 

2 ulasan:

  1. assalamualaikum kakina....mmg sedap kalau goreng cendawan buat minum petang2 mcm ni kan...

    BalasPadam
  2. SA selalu buat ni sebab anak dara suka

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers