OOO

Jumaat, Januari 13, 2017

Resepi Masak Lemak Labu Sedap

Assalammualaikum semua😍

Dulu berlagak tak suka makan labu,😅 haaa sekarang ni ambik kauuuu, nak makan labu gak sekali sekali.

Suami akak gelakkan akak kalau akak masak labu ni, sebab dia dah biasa makan dari kecik.  Resepi cam biasa dari Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu manis saiz kecil (kurang lebih 700gram)
8 tangkai kacang panjang, potong pendek-tak letak
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan tumbuk kasar-tukar ikan bilis
1 batang cili hidup-hiris serong

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu dibelah, keluarkan bijinya, kupas kulit dan potong kiub pada saiz besar. Cuci, tos dan masukkan ke dalam periuk, bersama serai titik, bawang besar hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk. Tuang santan cair, kacau perlahan dan masak hingga mendidih. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air.
  2. Bila labu 1/2 empuk, tambah kacang panjang dan daun kunyit. Masak sekejap dan tuang pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan lada hitam. Kacau perlahan dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan labu empuk, tapi tidak terlalu lembut. Masukkan hirisan cili hidup.  Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan masin @ ikan goreng....

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers