OOO

Jumaat, Julai 07, 2017

Resepi Kuah Lodeh Mak Yang Sedap

Assalamualaikum semua

Kecuh gak kali ni beli Chef Wan up status kat ig beliau menegur tetamu yang hadir di majlis beliau yang tak pandai menjaga adab sebagai tetamu terutama yang mempunyai anak anak yang masih kecil.

Memang betul setiap tetamu membawa rezeki dan di galakkan oleh islam untuk mengeratkan silatulrahim sesama kita terutama semasa hari raya. Bila tetamu hadir ke rumah jangan buat muka masam, sambutlah tetamu dengan muka yang manis dan tunjukkanlah kemesraan.



Tetapi jangan pula lupa adab kita sebagai tetamu terutama jika mempunyai anak anak kecil, jangan , jaga anak anak kita, tegur jika anak buat perangai yang kurang baik seperti berlarian dan menjerit sesama mereka.  


Tak di nafikan cucu akak macam tu juga, budak keciklah katakan, selalunya akak suruh mak ayah mereka jaga anak anak mereka dan gunakan bahasa yang baik baik dengan anak kecik kita tu.


Kalau dah tak boleh kawal dan mula buat perangai selalunya akak ajak balik.

Harap mereka akan mendengar kata dan boleh berkelakuan baik di rumah orang.

Bagi kami orang belah melaka, negeri sembilan dan johor kuah lodeh adalah salah satu menu untuk pagi raya tak seperti orang pantai timur dan orang utara.

Kebetulan suami keturunan jawa, masakan ni adalah selalu juga di hidangkan oleh arwah mak mertua.

Ada gak kakak ipar yang suka buh lobak merah, cendawan hitam dan sengkuang, ikut suka hatilah..lagi umphhh


Bahan-bahan
  • fucuk dan suhun-rendam dan potong kecil
  • kacang panjang-potong serong
  • 1/2 kubis-potong besar
  • 3 keping tempe-potong kecil dan goreng
  • 3 keping  tauhu- potong kecil dan goreng
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan santan cair
  • 1 labu bawang besar-hiris halus
  • garam secukup rasa
  • 5 ulas bawang merah-tumbuk
  • udang basah

Cara membuatnya: 

1.  Masukkan santan cair bersama bawang besar, udang, suhun, fucuk dan bawang merah tumbuk dalam periuk pastu hidupkan api yang sederhana kecil.  Kacau selalu yer
2.  Bila mendidih masukkan tauhu, tempe, santan pekat dan kobis serta garam.
3. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu, kacang panjang dan kobis. Biarkan mendidih.
4. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

1 ulasan:

  1. betul tu kak...adakala budak2 ni memang x faham yang kecik2 tu kan...SA anak dara memang dah besar pajang so dia la yg tolong kawal adik2 sepupu dia

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...