OOO

Jumaat, Julai 14, 2017

Resepi Laksa Mak Yang Sedap

Assalamualaikum semua

Setiap anak perempuan akan di ajar resepi mak mereka secara praktikal bila dah mula masuk sekolah menengah macam akak dan kak long.  Nasib baik kami dapat mak yang rajin sangat ke dapur, dapatlah kami pelajari pelbagai resepi dari mak kami.😍

Masa dulu dulu malas betul nak ke dapur, lebih suka mengemas, bila dah beranak bercucu nak tak hendak kenalah ke dapur.  Kalau malas nanti anak dan suami kelaparan, takkanlah nak beli kat kedai sebab masa tu wang gaji pun cukup cukup nak bayar duit rumah sewa dan perbelanjaan kami sekeluarga. 😅

Anak anak pulak yang bertiga tu rapat, nak beli susu tepung lagi, nak itu dan ini yang memerlukan perbelanjaan yang banyak.😀

sayur mayur kat bawah, 
buh laksa baru tuang kuah😘
Bahan Utama
1 paket laksa/laksa segera
  •  Rendam  dan  kemudian direbus sehingga lembut
  • Basuh  ataupun biarkan dalam periuk dan biarkan air paip mengalir dalam periuk sampai laksa sejuk pastu baru di toskan.

Bahan-Bahan Untuk Kuah:
  • 1 kg ekor ikan kembung yang besar
  • 2 keping asam keping
  • 3 kuntum bunga kantan-belah 2
  • 1 ikat daun kesum-akak suker ceraikan..ada jugak yg suker masukkan sebatang-sebatang
  • 4 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 3 biji bawang putih 
  • 5-6 sudu makan cili kisar-bergantung kepada kepedasan
  • sedikit belacan
  • Jus asam jawa-ikut kemasaman yang di ingini
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya..jangan cair sangat..agak-agaklah yer
Bahan sampingan
  • Timun
  • Daun salad
  • Cili merah/cili api
  • Bawang besar 
  • Limau kasturi/limau nipis (dibelah)-semua dihiris

Cara-cara
1. Rebus ikan bersama asam keping sekejap, bila mendidih ajer terus tutup api.
Sejukkan dan asingkan isi dari tulangnya. Air rebusan dan tulang jangan dibuang.
2. Kisar sekali  air rebusan ikan dengan isi ikan dan kisar sampai  hancur.(3-4 kali jugaklah kisar..sebab isi sikit-sikit).Masukkan semula ke dalam periuk yang ada air rebusan ikan.
3. Kisar juga  tulang ikan dan kepala bersama air rebusan dan tapis menggunakan penapis.Gunakan sudu dan tuang air jika isi ikan masih ada kat penapis tu.
4. Bawang kecil, bawang putih dan bawang besar dan belacan dimesin hingga hancur dan masukkan ke dalam air ikan tadi. 
5. Masak semula sehingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan dan jus asam jawa.
6. Masaklah hingga pekat sedikit dan masukkan perisakan dengan garam.  Rasa cukup asam garam barulah di padam api.
5. Hiaskan bersama bahan sampingan..makan masa panas-panas....masih terasa kesedapannya😘

Selalunya kuah lebih, akak frozenkan kalau tekak terasa nak makan, keluarkan jer dan panaskan balik.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...