OOO

Selasa, September 05, 2017

Pertamakali Membeli/Membida di Chilindo

Assalammualaikum semua

Hasil dari bidaan di Chilindo, dapatlah beli oven ni. Memang cari oven yang harga murah nak buat back up bila api kat dapur dah mula meragam.😔

Memang target harga kena murah sebab bila check kat google harga dapur ni orang jual RM800, bila dapat bid separuh dari harga memang mula mula rasa teruja.😍


http://www.chilindo.com/my/
gambar chilindo

Bila dah buat proses penghantaran baru teringat nak baca feed back kat fb. Punyala berdebar sebab baru baca feed back negatif tentang barangan di sini, nak batal dah tak boleh sebab barang dah mula di hantar.😟


Tawakal ajerlah, bila sampai barang hati pun senang, akak buat cod, bila sampai barang baru bayar.😕

Nasib baiklah dapur yang akak beli ni tak sampai RM400 campur penghantaran, bolehlah guna bila anak anak balik memang perlukan tungku lebih.  Minta minta dapur ni akan bertahan lama sebab akak beli dapur RM900 pun ada masalah gak.😕

Tu lah kali pertama akak beli, pastu tak masuk sangat dah kat Chilindo sebab takut nafsu tak terkawal.  Nak beli kenalah check dulu kat website yang lain, bandingkan harga barulah bid.😏  

Kebanyakkan yang beli barang made in china memang menyesal sebab kualiti yang teruk.  Berhati hatilah dan bijak membeli agar alah memakai.😗


1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers