OOO

Selasa, Disember 26, 2017

CARA SENANG KUKUS PULUT

Assalamualaikum semua

Bila beli durian mesti ada yang tak berapa umphhh. Dahlah mahal pastu rasa tak sedap.  Nak buat tempoyak idaklah sebab kat rumah akak ni tak doyan dengan tempoyak.πŸ˜‰

Cara nak habiskan senang, ajer.  Buatlah serawa/bubur lawan dengan roti atau pulut.😍

Pernah sekali akak tanak pulut, kali ni akak terlebih rajin akak kukuslah pulak.😍

Bahan-bahan
1/2 kg beras pulut
1 cawan santan pekat
Garam secukupnya

Cara-caranya



Rendam pulut dengan sedikit garam.

Setelah 2 jam basuh dan toskan pulut.

Panaskan periuk kukus dengan air sehingga mendidih, baru masukkan beras pulut dalam bekas berlubang yang telah di letakkan daun pandan.
Kukus pulut, balikkan setelah 10 minit dan kukus lagi dalam 10 minit.
Campurkan santan dengan sedikit garam.
Angkat pulut, masukkan dalam bekas lain, campurkan dengan santan pekat tadi.
Masukkan semula dalam bekas berlubang dan kukus lagi dalam 15 minit atau sehingga pulut lembut. Keluarkan dan bolehlah di makan dengan kuah durian.

kalau nak lebih faham boleh tenguk kat video ini😊

Resepi nak buat serawa/kuah durian boleh ke SINI

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...