OOO

Jumaat, Mac 30, 2018

KHASIAT BUAH KERDAS

Assalamualaikum semua
Siapa suka makan buah kerdas?


alfatihah
Salah satu kesukaan arwah abah akak makan buah kerdas selain dari jering dan petai.  Selalunya mereka berdua akan jadikan ulam dan di makan dengan dengan nasi ataupun di cicah dulu dengan sambal belacan.😋



Paling tak suka, bila dah makan bau nafas mak dan abah  sungguh kuat terutama bila dalam toilet. 

Biasanya orang kata bulan 2, 3 dan 4 musim buah kerdas menjadi, banyaklah orang jual.


Rupanya banyak kelebihan buah kerdas ni, dipercayai dapat membersihkan buah pinggangmelawaskan kencing, mengelakkan penyakit kencing manis serta awet muda.


Sedap dan bagus katanya untuk kesihatan, disangai dulu dalam kuali pastu blender.  Selepas tu buh air dan minum demi nak turunkan kadar gula dan tekanan darah tinggi.  

Alahai kami berdua tak  pernah cuba makan buah nilah pulak.🙍

Ada pelbagai nama, ada yang panggil
  • Geduak
  • Keduak
  • Kerdah
  • Woh Keddah-kelantan
Orang tua tua kata, kalau terlebih makan, nanti nak buang air kecil tak boleh, jadi kencing terkepit.  Alahai naya pulak di buatnya.

Ikut petua ni kalau lepas makan nak hilangkan bau😦
-Gosok gigi dengan garam dan lepas tu kunyah atau makan asam boi.
-Kunyah 2-3 butir beras
-Gosok gigi lepas tu kunyah gula getah

InsyaAllah, mulut tak berbau tapi bila masuk toilet faham faham ajerlah.  Kita anggap macam buang toksin dalam badan udahlah yer.


gambar kat SINI
Sekarang ni harga buah kerdas dah mahal sebab pokok dah tak banyak di hutan, tak hairanlah harga se kilo berpuluh ringgit.  Orang sekarang jual dalam pinggan boleh mencecah harga RM3-RM5, tenguk pada tempat.

Nasib baiklah kami berdua cuma minat dengan petai, padahal dulu akak tak makan, sekarang ni dah berusia cuba makan terasalah sedapnya.

Tapi orang kata selera bila dah berusia akan berubah, manalah tau nanti kami jadi pencinta kerdas dan jeringlah pulak 😑

9 ulasan:

  1. SA tak leh la makan kerdas ni kak, tak tahan baunya..tahan lagi kalau makan petai..hehehe

    BalasPadam
  2. tak reti makan, tapi petai atau jering kesukaan saya..

    BalasPadam
  3. Kerdas ni memang terbaik lemak lagi dari jering

    BalasPadam
  4. Makan nasi berulam buah kerdas dan sambal belacan memang ump.Mesti dua pinggan nasi.

    BalasPadam
  5. Saya suka semua jenis ulam ulaman sebagai pembuka selera.

    BalasPadam
  6. Waktu bekerja dulu nak beli dan makan ulam nie kena fikir byk kali.... Lastnya x mkn langsung.skrang bila dah x kerja... Pantang nmpak dijual pasti beli dan selera mkn pon bertambah2...

    BalasPadam
  7. Suka buah kerdas ni, rasa lemak lemak bila dikunyah. Walaupun lepas tu ada rasa pedar kat lidah. Hihi.. salam blogwalking.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...