OOO

Khamis, Jun 07, 2018

RESEPI KARIPAP INTI KENTANG BERDAGING SEDAP

Assalammualaikum semua

Sepanjang bulan puasa ni, agak jarang akak buat kuih sebab yang tinggal kat rumah cuma 3 mulut ajer, beli ajer 2 jenis kuih kering dan basah baru RM4.00.

Selalu beli kat Pasar Ramadhan kat area Bandar Baru Salak Tinggi, kali ni suami cuba beli kat tempat lain.  

Bila beli karipap harga 50 sen satu, terkejut bila imran goncang boleh dengar bunyi inti, akak suruh patah dua, alahai terkena karipap oksigen rupanya.


Buat sendiri gak yang sedap, tapi kena buang virus M dulu, akak buat banyak pastu bakar jap dalam oven, dan frozenkan.

BAHAN-BAHAN
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sudu besar  Gula
1 sudu teh  Garam
2½ sudu besar Marjerin*
¼ cawan Minyak* (* panaskan) 
Air

CARA-CARA:
1. Campurkan kesemua bahan bahan kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit-sedikit sehingga membentuk doh lembut.

Akak letak doh dalam plastik berikat dan tutup selama lebih kurang 20 minit.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil setelah 20 minit.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan
Buat sehingga habis.

3.Goreng dgn minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga   sehingga garing.


Kalau nak buat inti kentang, resepi kat sini

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...