OOO

Selasa, November 13, 2018

RESEPI BOMBOLINI GEBU

Assalammualaikum semua

Teringin pulak tekak nak merasa makan  Bombolini yang juga di panggil Italian Doughnut.  Akhirnya tertunai hasrat di hati bila virus R banyak.  


Akak buat tak buh gula pun cuma buh filing kastad jer.  Kat IG kakinakl ada tunjuk cara nak buat inti kastad...follow lah yer

First time buat ni tak cantiklah sangat bila dah goreng, nanti nak cuba buat lagi. Rasanya sebab ada tepung kat loyang kot. Tak perlah janji rasanya sedap.



Bahan A

1 cawan air
11 g (1 paket) yis (OJ suka jenama mauripan)
1 tsp gula castor

Bahan B
1 kg tepung gandum (OJ guna Bakers choice)
40 g gula castor
Secubit garam
2 tsp baking powder
2 tsp bread improver
1 tsp garam

Bahan C
3 telur (guna 2 pun ok)
100 g majerin dicairkan ( OJ guna buttercup)

Bahan D
Minyak goreng .

Cara membuatnya
1. Satukan air dan yis. Masukkan gula. Tenguk berbuih tak? Kalau ok maknanya yis masih 'hidup'. Proceed step 2 (sedia bahan kering)

2. Masukkan tepung dalam mangkuk dan campur semua bahan B dalam tepung. Gaul rata.


3. Tuang 1/2 adunan yis dalam campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul rata hingga jadi macam berketul-ketul. Kemudian tuang telur yg dah dikocok. Gaul sebati sambil tuang habis bancuhan yis. 


4. Kemudian masukkan adunan tepung dalam mesin uli (atau uli pakai tangan jer/suka ati), uli dgn kelajuan sederhana sambil masukkan majerin sedikit demi sedikit, sampai habis. Uli doh sampai tak melekit melekat kat mangkuk uli. 

Apabila ditarik, doh tak mudah putus atau koyak. Agak kenyal dan memeri. Maknanya dah ok tu. Jika terasa doh masih pejal, tambah air sedikit lagi dan uli sebati dengan tangan jer. Tekstur doh lembut, gebu dan moist.
Dah siap uli, masukkan dalam mangkok dan tutup dengan cling wrap. Biar doh naik sekali ganda baru dibebolakan. Biar lagi bebola donut naik sekali ganda baru goreng. Api sederhana.


Tips dari Jun
Macam ni rupa donut bombolini selepas digoreng. Kena bagi nampak garisan cincin tu, baru puas hati. Jadi jangan goreng minyak banyak. Cukup terendam sebelah saja dan bolak balikkan supaya gorengan cantik rata. Api sederhana. .


Angkat donut dan biar lebih kurang 30 saat (atau lebih) baru golek dgn gula castor. Kalau nak letak inti, gunting utk buat lubang, dan paipkan filling disuka


INTI KASTARD
Bahan-bahannya
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula kastor
1 1/3 cawan susu segar/ susu cair 
2 sudu teh mentega
1 sudu teh esen vanilla

Caranya : 
Masak kesemua bahan hingga pekat menggunakan whisk dan api yang kecil. Padamkan api. Masukkan pula esen vanilla dan mentega. Kacau sebati dan biarkan sejuk. Masukkan ke dalam piping bag.


Nota: Kalau nak simpan dalam chiller pun boleh. OJ pernah perap sampai 24 jam. Pastikan mangkok doh ditutup rapat dgn cling wrap atau penutup.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...