OOO

Khamis, Julai 11, 2019

RESEPI MEE SOTO AYAM YANG SEDAP

Assalammualaikum semua

Sekarang ni ada dah ada banyak produk muslim termasuk mee, kali ni akak guna mee gardenia buat soto.  

Kalau tak suka mee boleh jer tukar ke bihun.



Bahan-bahannya 
  • 500gm mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur
  • taugeh -dibersihkan dan dicelur
  • 1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
  • 3-4 liter air
  • 3 sudu makan ketumbar }
  • 3 sudu makan jintan kasar }
  • 2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 biji bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 200 ml minyak untuk menumis
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 1 kiub ayam
  • 2 batang serai-titik hujung

p/s atau guna ajer campuran 1 paket kecil serbuk sup dan serbuk kurma kalau malas nak sangai ketumbar, jintan halus dan jintan kasar.


Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar 
  • 10 biji bawang kecil
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan-bahan sampingan/Taburan
  • secukup daun sup & daun bawang
  • bawang goreng
  • bagedil
  • sambal kicap cili padi
  • isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi
  • 25 biji cili padi merah/cili api
  • 4 ulas bawang putih
  • 125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis
  • jus dari perahan 2 biji limau kasturi

Cara-caranya
1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak ..lepas tu meletup tau..cepat-cepat tutup dengan penutup periuk dan padam api.
2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)

Cara  Membuat Kuah Soto
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) dan serai yang telah dititik.
3. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata atau serbuk sup dan kurma.
5. Masukkan ayam kacau sehingga kering air baru di masukkan air, kiub ayam dan garam. 
6. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. 
Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Akak suka goreng ayam tu sekejap dan barulah di siat-siat. Kalau malas tak nak goreng pun tak apa.

Cara Menghidangkan Mee Soto
  • Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.
  • Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.
  • Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
  • Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

BAGEDIL (PEGEDIL)

Bahan-bahannya 
  • 1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
  • 250 gram daging/isi ayam cincang 
  • 2 biji putih telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. 

Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat. 
2. Goreng daging kisar/isi ayam dengan sedikit minyak sehingga airnya kering.

Masukkan daging, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, dan garam ke dalam ubi kentang yang telah di tumbuk.
3. Gaul hingga rata dan sebati. 
4. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn putih telur sebelum digoreng dalam minyak panas. 

1 ulasan:

  1. Kak Ina yang mee G tu lain kan rasa dia, agaknya kita dah biasa makan mee kuning yang selalu tu, bila makan je mee G tu, tak kena dek tekak...

    Lama tak buat soto, teringinlah pulak..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...