OOO

Isnin, Ogos 31, 2009

Sibuk beli baju raya..


 akak tengah menguaplah pulak....masa ni tengah tunggu salesgirl carikan saiz kasut..cik abg kat belakang pakai topeng...akak aje yang degil..padahal topeng ada dalam handbag.....
Semalam suami ajak ke jaya jusco wangsa maju..nak beli baju raya 3 orang anak lelaki dan baju dia sendiri..suami akak ni memang suka beli bulan puasa...akak pulak tak suka..sebab jalan-jan  dah penat ...tak boleh makan dan minum.


ala russhdi..belek ajelah...mana ada duit lagi..
Baju ira akak tak beli kat sini..mahal giler...akak dah beli kat taman melewar di gombak...kat situ murah rasanya..pastu dekat dengan rumah...lagi satu yang best kita boleh suruh dia repair...lagi pun sekarang ni ira dah kurang minat dengan baju kurung...minat baju ala-ala jubahlah pulak...



Suami sibuk suruh anak-anak dia pakai topeng...masing-masing bawak se orang satu tapi yang pakainya cuma si ira dan dia aje...


 Si ira yang keriangan dapat kasut baru..sekarang ni dah tak boleh dah pilihkan kasut atau baju mereka ni...dah pandai cari sendiri...yang cerewat si imran...nak warna baju raya biru dan hitam...akhirnya semua baju yang dia beli warna hitam...

 Imran bukannya pakai topeng tu...dia pegang dari sampai ke jj hingga sampai kat rumah...russhdi dan firdaus tak pakai..ikut peel mak dia...mereka tengah boring giler .. tunggu mak dia pilih kasut...

Semua gembira sebab dah dapat baju raya masing-masing...akak tak leh beli kat jaya jusco ni...akak kena tempah..susah nak cari saiz..al maklumlah badan semangat bebeno...bulan puasa pun tak turun rasanya....hi..hi..hi..


Imran yang terbaring keletihan selepas balik dari jaya jusco....sebenarnya hb akak tak kenan tenguk kasut yang imran hendak...tapi dia kata kasut raya merangkap kasut bola..sebab kat tapak kasut ni ada gerigi..sesuai nak main bola.
..geli hati tenguk gambar ni...tidur pun boleh pegang kasut raya dia..yelah sape yang seronok bila hari raya....budak keciklah...orang tua tak seronok terutama cik abang...duit banyak kena keluar...tapi tak apalah setahun sekali kan bang........

Ahad, Ogos 30, 2009

SOFT CRUST PIZZA


Semalam buka puasa makan pizza...anak-anak yang minta nak makan...sementara si ira belum kena berkurung balik dalam asrama sekolah...akak buatlah jugak...lagipun si ira boleh tolong hiris segala isi topping pizza ni..akak memang suka gunakan doh ni sebab ada letak macam-macam..nak makan untuk keluarga baik buat yang sedapkan...resepi ni akak ambil dari rumah chef ah mat gebu...dulu dah pernah buat dah ikut resepi ni......tu sebab boleh buat lagi...lepas makan ni ..mereka semua tak sentuh nasi pun..

BAHAN-BAHAN

  • 250 g tepung roti (high protein flour) - akak buat 2 kali ganda
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula  
  • 1 camca teh yis (instant yeast)  
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus  
  • 1 camca teh oregano kering


    CARA-CARA

    1. Ayak tepung dalam satu bekas.
    2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
    3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.

    4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.

    5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.

    6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.

    7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.



    KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.


    Sos pizza ni akak kena masak..akak pernah letak sos tomato dan sos cili aje atas doh pizza tu..tapi si imran tak tahan..sakit perut..sejak tu kenalah masak dulu sos ni..sebenarnya cara masak sos ni sama macam masak sos spagetti.

    BAHAN-BAHAN

    • 250gm daging  yang telah dikisar
    • 1 biji tomato (kisar halus)
    • 1 biji bawang besar (potong dadu)
    • 2 biji bawang putih-(potong dadu)
    • 5 sudu makan sos tomato
    • 2 sudu makan pes tomato
    • 1 /2 sudu teh mixed herb
    • 1/2  sudu teh pizza herb
    • 1/2  sudu teh paprika
    • garam secukup rasa
    • sedikit minyak zaiton


    CARA-CARA
     
    1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
    2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga ayam.
    3. Biarkan seketika sehingga daging masak dan berair.
    3. Masukkan pes tomato, sos tomato, mixed herb, pizza herb dan garam.
    4. Biarkan sos pekat sedikit barulah di tutup api. Sejukkan.



    TOPPING

    • sedikit minyak zaiton
    • cili benggala-dihiris memanjang
    • cendawan butang-dihiris nipis
    • hotdog ayam ramly-dihiris serong
    • kepingan black olive-ni masz yang duduk di bahrain bagi
    • slice cheese-disiat-siat
    • sedikit serbuk lada hitam-aji shio
    • mozarella cheese secukupnya
    • sos cili campur mayonis-di tuang lepas pizza dikeluarkan dari oven.

    CARA-CARA

    1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.
    2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton. Gulung tepi doh ke dalam.
    3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.

    4. Ratakan sos daging dan letak  hotdog ayam.  
    5. Letak pula  cili benggala, black olive dan cendawan butang.
    6 Taburkan  mozarella cheese dan slice cheese yang telah disiat.

    7. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.Jika nak tuang sos cili yang telah di campur dengan mayonis ,,,lepas masak boleh jugak.

    Ayam Masak Padang

    Dah lama dah masak ayam masak padang ni...tapi tak jumpa gambar masa tu...rupernya termasuk dalam fail gambar anak-anak..tadi belek punya belek barulah terjumpa.  Akak ambil resepi ni dari chef fofular dari singapura...siapa lagi bro rozzan lah...terima kasihlah bagi resepi ni...tak payah gi ke padang, indonesia pun boleh makan ayam ni..

    Bahan-bahan
    1 ekor ayam (kira-kira 1½ kg) –dibersihkan, potong ikut suka
    3 gelas santan pekat (diambil dari 1 biji kelapa)
    atau (400 ml santan kotak + 200 ml air)
    1 cawan air
    ¾ cawan minyak masak
    4 ulas bawang merah (b.kecil) –dihiris (utk tumis)
    8 helai daun limau purut


    Rempah Kisar
    2½ sudu besar ketumbar
    8 btg lada merah
    8 btg lada kering
    1 inci halia
    ½ inci kunyit hidup
    3 biji buah keras digoreng
    1 inci lengkuas (dititik)
    1 btg serai
    15 ulas bawang merah
    6 ulas bawang putih


    garam secukup rasa
    1 sudu teh gula
    jus dari 1-2 biji limau kasturi

    Cara:


    1. Panaskan minyak dalam periuk Tumis bawang merah yg dihiris tadi hingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah kisar dan daun limau purut lalu masak hingga rempah garing, baru masukkan ½ cawan air. Teruskan masak sehingga terbit minyak dan bubuh ½ cawan air.




    2. Bila lauk terbit minyak sekali lagi, baru masukkan santan pekat. Biarkan hingga mendidih lalu masukkan ayam, gula, jus limau dan garam. Masak sebentar sehingga ayam empuk dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda
    post signature

    Sabtu, Ogos 29, 2009

    Buat air longanlah pulak (buah mata kucing siam)

    Beli buah longan ni masa hari ke 3 puasa..kalau tak silaplah...tapi tak habis-habis...takut rosak akak buat air longan...senang aje nak buat...

    Kopek pastu masuk periuk...

    masuk kan air (agak-agak) gula putih ...

    gula nisan/gula kabung/gula merah (pun agak-agak aje) dan daun pandan yang disiat dan di ikat. pastu masak sampai pekat sikit....tapis..tapi sebelum tu keluar isi longan ni dulu dan bolehlah di buat air...bubuh pulak air batu...

    Mochacino aka ice blended


    Buat mochacino aka ice blended ni hari selasa rasanya...hari minggu lepas imran ikut abang dia gi pasar ramadah beli kueh...memang akak tak pernah buat kueh bulan puasa...semua beli...imran nampak ada orang jual ice blended ni..abang dia tak layan...buat apa nak beli...nanti sampai kat rumah cair...tentu tak sedap...baik buat sendiri kan...

    Bahan-bahan :


    • 1 peket nescafe 3 in 1
    • Susu pekat manis -kali ni tak letak
    • Susu cair / susu segar (kena pandai ejas lemak dan manis dgn susu manis)
    • Whipped Cream
    • 1/3 cawan air panas
    • Serbuk kayu manis-tak letak sebab anak akak tak suka
    • Air batu (jika mahu)-akak letak..kalau idak tak jadilah ice blended..
    • coklat rice/coklat urai (kali ni akak pakai coklat chip)

    Cara-cara

    1. Bancuh nescafe dan air panas hingga sebati.
    2. Masukkan susu cair kemudian kacau lagi.

    3. Lepas tu masukkan whipped cream , coklat chip, air batu dan bahan diatas ke dalam blender dan blender sampai hancur.
    4. Kemudian masukkan coklat chip dan blender sampai halus dan bolehlah dihidangkan. Taburlah coklat chip buat hiasan.

    Tertunailahhasratdihati imran dan ira dapat minum ice blended ni...kan best mak buat dari beli..akak puji diri akak sendiri...

    Jumaat, Ogos 28, 2009

    Asam Pedas Tetel Ah Mat Gebu



    Dulu pernah buat asam pedas tetel ikut resepi sendiri...tapi tekak ni nak rasalah pulak orang lain punya....dah lama mengidam nak buat asam pedas tetel bujang fofolur satu malaysia chef ah mat gebu ni....memanglah dah tua-tua ni tak boleh sangat makan daging berlemak ni...tapi sebulan sekali okey kot..jom tenguk resepi dari ah mat gebu.
    BAHAN-BAHANNYA :-)

    • 1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)-akak rebus kejap-akak campur daging sedikit
    • 1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
    • 2 kuntum bunga kantan
    • 1 cawan jus asam jawa
    • 1 cawan cili kisar
    • 1 camca teh serbuk kunyit
    • Garam dan gula secukup rasa
    • 8 biji bawang merah*
    • 3 ulas bawang putih*
    • 1 1/2 inci halia*
    • 1 camca besar lada hitam*
    • 1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
    • Air secukupnyaAkak tambah :-serai, tomato dan bendi

    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
    2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
    3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
    CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2...Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!..

    Alhamdulliah menang lagi


    Alhamdulliah gembiranya rasa hati bila menang lagi peraduan Oral B anjuran utusan malaysia...tapi kali dapat 1 pek aje sebab anak akak ambil lambat..jadilah...hantar email pun pagi isnin..luper nak baca suratkhabar hari ahad..tadi tenguk kat giant mahal jugak ubat gigi ni ...RM17.90 satu..
    post signature

    Brokoli Goreng Bersama Udang dan Cendawan Butang


    Masak sayur brokoli hari selasa yang lalu...senang aje masak cam ni...cepat dan ringkas. Rasanya semua pandai goreng sayur macam ni kan...tak apalah akak tepek resepi supaya senang anak akak nak rujuk nanti.

    Bahan-bahan

    • 1 pokok sayur brokoli-dpotong kecil dan di bersihkan
    • 5-8 ekor udang sederhana besar
    • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
    • 1/2 kiub pati ayam
    • 1 biji bawang holland- potong 6
    • 4 biji bawang putih-cincang/tumbuk
    • 4 biji cendawan butang-dihiris
    • 1 sudu makan sos tiram
    • 1 sudu makan kicap pekat
    • sedikit minyak
    • sedikit air
    • garam jika perlu-akak tak letak
    • 1 sudu teh tepung jagung-dibancuh dengan air.
    Cara-caranya

    1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan lada hitam bersama bawang holland.
    2. Masukkan udang kacau sebentar dan masukkan air bersama sos tiram, pati ayam dan kicap pekat bersama cendawan butang.
    3. Biarkan mendidih sebentar baru di masukkan brokoli dan kacau lagi.
    4. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan terus padamkan api.
    5. Sedap di makan panas-panas.

    Ayam Goreng Berempah Serai


    Bila tenguk blog member-member yang rajin masak bagi feedback kata ayam goreng berempah serai di http://love2cook-msia.blogspot.com/ni best giler..akak pun terjangkitlah jugak nak buat..terima kasih ye love (tak tahu nama sebenar) kerna bagi resepi yang sedap...minta halal akak c & p ajelah ye...


    Bahan2 yang diperlukan :-
    • 1 ekor ayam (dibersihkan dan di potong sederhana)

    Bahan dikisar bersama;

    • 6 ulas bawang putih
    • 7 ulas bawang merah
    • 2 inci halia
    • 2 batang serai
    ----------------------------
    • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
    • 2 sb serbuk kari daging
    • 1/2 sk serbuk jintanputih
    • 1/2 sk serbuk jintan manis
    • 1/2 sk serbuk ketumbar
    • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
    • garam dan aji secukupnye (akak tak letak aji)
    • 3 tangkai daun kari
    • Minyak untuk menggoreng

    Cara2 memasaknye :-
    1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
    2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
    3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
    4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!

    Khamis, Ogos 27, 2009

    Resepi Mee Goreng


    Tenguk mee lebihan buat mee soto hari tu masih ada lagi...sayang nak buang...semalam buatlah mee goreng..kali ni akak ambil resepi dari blog chef ah mat gebu...dia ambil resepi dari rumah novelis popular norz...habis di makan anak-anak....mereka semua tak makan nasi..dah kenyang...


    BAHAN-BAHANNYA :-)
    600 g mee kuning
    1 cawan daun kuchai yang telah dikerat2-tak letak
    Taugeh...(yang ni ikut suka banyak mana nak letak)
    2 pokok sawi
    1 cawan udang (kalau budget lebih, letak lagi yea)
    3 ulas bawang putih, cincang halus
    2 camca besar cili kisar
    1/2 camca teh cuka makan-tukar ke jus limau kasturi
    2 biji telur, dikocok sedikit
    2 camca besar sos tiram*
    1 camca besar sos tomato*
    1 1/2 camca besar sos cili*
    1 camca besar kicap pekat*(*bahan sos)
    Kicap cair secukupnya
    Air rebusan kulit udang secukupnya
    Hirisan daun sup#
    Bawang goreng#
    Hirisan cili merah#-tak letak
    Hirisan tomato#-tak letak
    Belahan limau kasturi#(#bahan sampingan)-tak letak

    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Cuci mee, kemudian siram dengan air panas. Tos dan sejatkan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batangnya, kerat2 daun sawi, ketuk sedikit batang sawi dan kerat. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus untuk stoknya. Cuci taugeh dan toskan. Ketepikan.
    2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos(*) dan kacau rata dan letak batang sawi dan udang. Masukkan cuka, sedikit kicap cair dan stok udang (anggaran 1/2 cawan).
    3. Bila mendidih, masukkan mee, kecil kan api dan gaul mee hingga rata. Tolak mee ketepi kuali dan masukkan telur, kacau hingga telur kental dan gaul dengan mee tadi. Masukkan daun sawi, daun kuchai dan taugeh, kacau rata. Rasa dan jika kurang masin, tambah lagi kicap cair. Kacau dan boleh matikan api.
    4. Hias dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan panas. Kalau suka boleh tambah bebola ikan, tauhu dan sotong dalam mee goreng tadi....
    Ni goreng sebelum bulan puasa
    post signature

    Ikan Kembung Bakar

    Ikan kembung kecil ni kalau goreng selalunya isi dia keras..tak laku kat rumah ni...kalau buat bakar barulah laku..buat masa puasa hari ke dua kot..luperlah..akak gunakan resepi lebih kurang macam dulu. Kali bakar dalam oven aje..senang..

    Bahan-bahan utama

    • 8 ekor ikan kembung kecil
    Bahan-bahan lain
    • 10 sudu makan cili kisar
    • 6 biji bawang kecil*
    • 5 biji bawang putih*
    • 1 biji bawang besar*
    • 3 batang serai*
    • 1 1/2 inci halia*
    • 1 inci kunyit hidup*
    • 1 helai daun kunyit*
    • 1 1/2 sudu makan gula
    • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
    • garam secukupnya
    • minyak secukupnya
    • daun pisang secukupnya
    • lidi/pencungkil gigi
    • 2 biji limau kasturi-ambil jus-untuk diperah diatas ikan setelah dibakar..

    Cara-caranya

    1. Basuh ikan dan toskan.
    2. Lumur garam dan serbuk kunyit.

    3. Kisar semua bahan bertanda *.
    4. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga pecah minyak.
    5. Masukkan gula , jus asam jawa dan garam.
    6. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.

    7. Bila nak bakar baru di lumur sambal kat daun pisang pastu letak ikan..letak lagi sambal kat atas ikan.
    8. Barulah di tutup daun pisang dan di semat dengan lidi/pencungkil gigi.
    9. Akak bakar gunakan suhu 180 C dalam 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing. Bila dah 40 minit akak gunakan api atas aje..dalam 10-15 minit.
    10.Nak hidang barulah di perah jus limau kasturi sedikit..taknak pun tak apa.

    Malas nak bakar satu-satu..masukkan dalam oven sekali gus...

    Buat sup ni...kalau tak ada lauk berkuah macam ni....suami dan imran kata rasa macam nak tercekik makan nasi...like father like son...satu kepala...

    Kerabu Mangga Lagi

    Ingat tak buah mangga 3 biji yang akak ambil rumah sepupu suami kat bandar tasik putri rawant tu...ada lagi dalam peti sejuk...takut rosak akak buatlah kerabu mangga...macam biasa semua tak sentuh...terkulat-kulatlah akak kena habiskan seorang..makan dengan nasi..pastu akak ratah aje lepas balik dari sembahyang terawih.

    Bahan-bahan

    • 1 biji mangga muda-hiris (nak parut pun buleh)
    • 1/2 labu bawang besar-dimayang halus
    • 1 biji lada merah-potong serong
    • 4 biji cili padi-mayang
    • 1 sudu besar udang kering-akak sangai dulu
    • 1 sudu besar kacang tanah goreng-tumbuk kasar
    • 1 batang serai-mayang halus
    • 1 sudu makan sos ikan
    • 2 - 2 1/2 sudu makan jus limau kasturi
    • sedikit gula kabung/gula nisan-hiris kecil-kecil
    • gula secukupnya
    Cara-cara
    1. Campurkan jus limau nipis/kasturi, gula, gula nisan/gula kabung dan kacau sehingga gula hancur dan sebati.
    2. Kemudian satukan bahan-bahan yang g lain didalam mangkuk.
    3. Rasalah cukup masam dan manis (bulan puasa sebelum hidang bolehlah rasa sikit dulu)
    4. Curahkan jus tadi, kacau rata dan tabur kacang tanah tadi.
    5. Sejukkan dalam peti sejuk.

    post signature

    Rabu, Ogos 26, 2009

    Alhamdulliah...dah selamat sampai

    Alhamdulliah barang ni dah selamat sampai ke tangan yana...sampai hari petang khamis minggu lepas...ambil masa 8 hari jugak nak sampai...

    Nasib baik kastam tak bukak...risau jugak..banyak benda makanankan.....akak dah beritahu yana kalau barang sampai cepat bagi tau akak...

    Akak suruh ambil gambar...nak tenguk jadi macammanalah kotak ni...tapi kat situ internet problem..jadi lambatlah dia upload gambar kat facebook dia..

    Masa benda ni sampai si yana keluarlah pulak....mereka simpan kat tempat pengawal...

    Nasib baiklah mereka tolong angkat...manalah yana larat nak angkat....yana suruh hantar selimut tebal ni...sebab kat sana sejuk...tak boleh pakai selimut yang dia bawak dulu...akak bagi 2 ..senang nanti nak tukar-tukar..kat rumah ni bukan pakai selimut tebal pun..nak beli kat sana mahal...tak berbaloi...harga dalam ratusan jugak....pastu minta sarung bantal peluk..kata dia tak jumpa kat kedai.

    Cukuplah untuk 1 -2 bulan kot...nanti kalau stok nak habis bolehlah hantar lagi...guna perkhidmatan syarikat ni...
    post signature

    Ayam Masak Merah Madu

    Buat ayam ni untuk buka puasa pun sedap..lebih sedap kalau dapat makan dengan nasi minyak..oleh sebab akak malas nak buat nasi minyak...makan dengan nasi putih ajelah..resepi ni ambil dari rumah hana di jepun dan resepi asal dari lela...minta halal c & p aje ye..


    Bahan-Bahan:

    -Ayam 500gm (perap dgn garam & kunyit)
    -3 sudu besar cili kisar
    -6 ulas bawang merah - dikisar
    -2 ulas bawang putih - dikisar
    -2 sudu besar sos cili
    -3 sudu besar madu
    -1 sudu kecil serbuk lada hitam
    -2 biji lada besar - potong serong
    -Air -
    hana tmbh halia, serai ketuk serta bawang hiris.akak pulak tambah bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kayu manis dan bawang besar potong bulat.


    Cara-caranya:

    1. Ayam digoreng dulu, kemudian alihkan.
    2. Tumiskan bunga lawang, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis bersama hirisan bawang besar dan serai sehingga berbau wangi dan masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar, tumis hingga garing.
    3. Kemudian masukkan sos cili dan madu.
    4. Masukkan sedikit air, tunggu hingga mendidih.
    5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi bersama-sama lada besar dan lada hitam.
    6. Sedia untuk dihidang dan hias bersama daun bawang dan daun sup.


    Resepi Mee Soto

    Bila jejalan kat rumah ain...ternampaklah pulak mee soto..langsung terbuka selera tenguk mee soto ain tu...al maklumlah bulan puasa...bila nampak aje makanan dan minuman...ashik nampak sedap aje...kalau nak diikutkan resepi soto ni macam-macam viarasi..kali ni akak ambil resepi dari umah chef rozzan http://rozzan.blogspot.com/ di singapore..


    Bahan-bahannya
    2 kg mee kuning (bee hoon pun boleh) - dicelur (akak taklah buat mee sebyk ni)
    500 gm taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
    1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
    3-4 liter air
    100 ml santan pekat
    3 sudu makan ketumbar }
    3 sudu makan jintan kasar }
    2 sudu makan jintan halus } --- disangai & dikisar halus
    1 sudu teh serbuk lada putih
    3 batang serai, dititik
    2.5 cm lengkuas , dititik
    1 batang kayu manis
    5 biji buah pelaga
    8 biji bunga cengkih
    1 sudu teh gula (optional)
    garam secukup rasa
    200 ml minyak untuk menumis
    1 biji bawang besar hiris
    akak tambah : 1 kuib ayam dan 1 sup punjut adabi

    Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar
    3 biji bawang besar
    8 ulas bawang putih
    5 cm halia
    3 cm kunyit hidup atau 2 sudu makan kunyit serbuk

    Bahan2 Sampingan/Taburan

    secukup daun sup & daun bawang
    bawang goreng
    bagedil
    sambal kicap cili padi
    isi ayam (disiat-siat)
    akak tambah-suhun di goreng dengan minyak panas

    Sambal Kicap Cili Padi
    25 biji cili padi merah
    4 ulas bawang putih
    125 ml (abt 1/2 cawan) kicap lemak manis
    1/2 sudu teh gula (optional)
    jus dari perahan 2 biji limau kasturi
    (Kisar semua bahan2 dan perahkan jus limau)

    Peraturan Membuat Kuah Soto:
    Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga), serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata. Masukkan ayam, air, santan, gula dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

    Akak suka goreng ayam tu sekejap dan barulah di siat-siat.


    Cara Menghidangkan Mee Soto
    Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.



    BAGEDIL (PEGEDIL)


    Bahan-bahannya (akak buat separuh dari resepi)
    1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
    250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
    2 biji telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
    1/2 cawan bawang goreng
    secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
    2 sudu teh serbuk lada putih
    1 sudu teh gula (optional)
    garam secukup rasa
    secukup minyak utk menggoreng bagedil

    Cara
    1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
    2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, gula & garam. Gaul hingga rata dan sebati. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

    Akak jarang (bukan tak pernah beli ye) beli bawang goreng kat kedai..suka buat sendiri.....lagi harum bau dia...selalunya lepas hiris bawang kecil tu akak lumurkan dengan sedikit tepung jagung dan sedikit garam..ramas-ramas sedikit barulah di goreng.



    post signature

    Selasa, Ogos 25, 2009

    Menu Simple Aje

    Sekali-sekali masak cara macam ni pun sedap..tukar seleralah pulak...dah pernah tepek resepi..akak tepek lagi sekali ye..

    Bahan-bahan

    • 1 mangkuk kecil ikan bilis
    • 2 biji kentang di potong memanjang
    • 5 sudu makan cili kisar
    • 1/4 camca teh jus asam jawa.
    • 1 biji bawang besar - 1/2 di tumbuk - 1/2 di hiris
    • 5 biji bawang kecil
    • 3 biji bawang putih
    • sedikit belacan
    • garam dan minyak secukupnya

    Cara-cara

    1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil dan bawang putih bersama belacan. Jangan lumat sangat.
    2. Goreng ubi kentang dan toskan..selepas itu goreng pula ikan bilis.
    3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing..baru masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi.
    4. Setelah itu masukkan pula cili kisar..masukkan sedikit garam dan perlahankan api dan biarkan cili naik minyak.
    5. Masukkan garam dan jus asam jawa dan biarkan cili masak sampai kering sedikit.
    6. Masukkan pula ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng.
    7. Biarkan kering dengan api yang perlahan...kacau selalu...kalau tidak hangus pulak nanti.
    8. Sebelum di angkat, rasa dulu dan setelah agak kering barulah dipadamkan api.
    9. Hidangkan bersama nasi panas.

    Buat pulak sup cendawan suhun dan udang..

    Goreng ikan sungai beli kat pasar pagi greenwood....orang yang jual tu dari perak...goreng garing-garing..

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...