OOO

Isnin, Mac 31, 2014

The Grand Oil Lady Miri

As'salammualaikum semua

Sekejap ajer cuti sekolah berakhir kan..kami semua pulang ke Kuala Lumpur tapi rasa tak puas berkumpul dengan anak-anak dan emak tersayang.



Salah satu tempat yang anda boleh jejalan kat Miri ialah The Grand Old Lady yang  terletak di Bukit Kanada.  Tak yah gi negara kanada kann :)
Menurut penduduk tempatan dari suku kaum Jatti Miriek, bukit itu dinamakan Bukit Kanada sempena mengambil peristiwa seorang warga Kanada yang tinggal di situ manakala kegiatan utamanya ialah mencari pekerja tempatan dan asing untuk bekerja di lapangan minyak di sekitar bukit berkenaan.

"The Grand Old Lady" ialah gelaran bagi Telaga Minyak Miri yang juga telaga terawal ("Oil Well No. 1") di Miri yang kini dijadikan tarikan pelancong terkenal, ditubuhkan pada awal 1900-an kerana sumber minyaknya. dan di sinilah tersimpan susur galur perkembangan industri petroleum di Malaysia terutama Sarawak


Telaga minyak ini terletak di atas Bukit Telaga Minyak, atau dahulunya dipanggil Bukit Kanada (Canada Hill) (mengikut cerita orang tua, suatu ketika dahulu, terdapat seorang kulit putih warga Kanada yang pernah tinggal di sana yang bekerja mencari pekerja tempatan dan asing untuk bekerja di lapangan minyak di sekeliling bukit tersebut). 

Oil Well No. 1 didirikan oleh Syarikat Shell pada tahun 1910. Setelah enam dekad menghasilkan kira-kira 660,000 tong minyak, akhirnya telaga ini ditutup pada tahun 1972, yang seterusnya diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan.

Pelantar pertama ini telah mengeluarkan minyak selama 62 tahun dan operasinya dihentikan sepenuhnya pada 31 Oktober 1972.

Sebelum itu, pernah wujud sebuah menara pengawasan berdekatan monumen ini di mana para pengunjung boleh melihat pemandangan bandaraya Miri dengan berlatarkan Laut China Selatan sebagai kaki langitnya (horizon) tetapi menara tu telah pun di robohkan.

sumber : google

Sabtu, Mac 29, 2014

Resepi Mee Kolok Goreng Ala Sarawak

As'salammualaikum


Mee kolok banyak jual kat sini, nak yang kering ada, yang basah pun ada.  Akak cuba buat mee kolok goreng ala Sarawak..ikut resepi dari DayangJack yang memang berasal dari sini.


Bahan-bahan : 

1-2 orang makan
100 g mi kolok (dicelur dan dituskan) - mi sanggul @ mi segera pun boleh
sedikit hirisan daging/ayam (yg sudah direbus)
1-2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan serbuk maggie cukup rasa
1 sudu makan kicap pekat
1 biji telur
sedikit sawi-tukar kobis
sedikit taugeh
garam jika perlu

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis cili kering hingga garing.
Masukkan daging/isi ayam dan kicap pekat. Gaulkan.
Kemudian pecahkan telur dan kacau lagi. Boleh tambah kicap manis jika suka.
Masukkan mi dan serbuk maggie. 
Akhir sekali, masukkan garam(jika perlu), taugeh dan sawi. Gaulkan sekejap.
Tutupkan api dan hidangkan.

Jumaat, Mac 28, 2014

Resepi Udang Goreng Tepung

As'salammualaikum



Sape yang tak suka makan udang goreng camni kan, kat sini susah betul nak jumpa udang kertas, yang banyak udang kulit keras.  Tekak nak makan beli ajerlah, besar camni harganya lebih kurang 20 hinggit sekg.

Bahan-bahan
  • 20 ekor udang sederhana besar-dibersihkan dan di tos
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit kicap sotong-akak gunakan sos ikan ajer ..sebab tak ada stok
  • sedikit serbuk kari
  • 1-2 sudu besar tepung beras
  • sedikit serbuk lada hitam/lada putih-akak tambah sendiri
  • Minyak secukupnya-biarkan terendam 
Cara-cara
  1. Udang di perap dengan telur, garam, kicap sotong, lada hitam/lada putih dan serbuk kari.
  2. Perap selama 30 minit.
  3. Bila nak goreng baru di masukkan tepung beras.
  4. Goreng sehingga kekuningan.

Khamis, Mac 27, 2014

Restoran 'D' Selera Kelate Miri

As'salammualaikum

Tekak tiba tiba teringin nak makan nasi kerabu, suami ajak makan kat 'D' Selera Kelate dekat Piasau.  Kami bukan minum pagi tapi makan tengahari.  Ramai orang Kelantan menjamu selera kat sini.

Akhirnya dapat gak merasa nasi kerabu warna biru, cuma sayur tu tak semeriah di semenanjung, mungkin susah nak dapat bahan kot.  Akak pilih nasi kerabu ayam goreng yang harganya cuma RM5.00

Imran dan Ira share nasi kerabu ayam berempah, harganya mahal sikit sebab besar ..harga RM9.00
Suami pulak nasi kukus ayam berempah..
harga RM9.00
Selain dari makanan ni ada gak nasi campur dan pelbagai juadah di sini.


  • Jalan Datuk Edward Jeli (berdekatan dengan SK Anchi/Masjid Piasau) 
  • Piasau Link
  • 98000 Miri, Sarawak

Rabu, Mac 26, 2014

Resepi Penang Char Kuey Teow

As'salammualaikum

Resepi yang akak selalu cuba kalau buat kuey teow ni..memang suka sangat buat tapi kat sini payah bebeno nak cari kerang, kalau ada pun dekat 10 hinggit sekg.  Pengsan tenguk harganya, ada yang beku tapi akak tak suka sebab kurang manis,  Guna udang ajerlah nampaknya..terima kasih buat Che Iza yang sudi berkongsi resepi sedap ni.


Bahan-bahan
Untuk Paste
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sudu kecil  kicap pekat
  • 3 sudu besar  kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
  • 2  suduckecil  garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu kecil)
  • 1 sudu kecil gula
Untuk Mee
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sudu besar cili boh
  • kerang-tak letak
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara
  1. UTK PASTE- Rebus udang dan kulit udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....asingkan udang dan kulit.
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge. 
  3.  
  4. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td dan  kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  5. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
  6. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh..

Selasa, Mac 25, 2014

Bertentang Mata Dengan Muhd. Akhmal Mohd. Nazri (Jibam)-Pelakon Oh My English

As'salammualaikum semua

Siapa yang tak kenal Jibam kan, salah seorang pelakon Oh My English! bagi musim pertama dan kedua yang mula di siarkankan pada tahun 2012.  Akak jumpa Jibam masa acara kemuncak Oh My English Musim Kedua tahun lepas di Astro.  Kami di jemput berbuka puasa bersama mereka..maaflah lambat N3 sebab baru jumpa gambar ni balik.

Kalau tenguk muka macam budak sekolah kan, tapi sebenarnya Jibam dah berumur 20 lebih dan merupakan graduan dari Aswara tau.


Nama sebenar Jibam ialah Muhd. Akhmal Mohd. Nazri, memegang watak sebagai seorang yang digelar ‘Raja Lawak’ atau badut di dalam kelasnya. Beliau juga merupakan seorang yang tidak cermat, selalu tersandung dan jatuh. Jamil amat mengagumi Shafiq dan sentiasa mengekorinya ke mana beliau pergi. Beliau bercita-cita untuk menjadi pelawak seperti di dalam rancangan televisyen ‘Raja Lawak’, tetapi lawaknya seringkali tidak menjadi.

Beliau juga berlakon dalam Oh My English! Hello America  .. 
Anda bolehlah gi ke twitter  Akhmal Nazril untuk berkenalan dengan beliau.

Isnin, Mac 24, 2014

Resepi Lempeng Pisang Berkhasiat

As'salammualaikum

Hari ni hari terakhir anak-anak bersekolah, kat pantai timur dah mula bercuti seminggu.  Kalau cuti seminggu ni susah sikit nak berjalan-jalan sebab pejam celik ..pejam celik dah seminggu.  Cepat betul  masa berlalu kan.
Kali ni akak buat lempeng berkhasiat, resepi dari Mat Gebu tapi horlick tak ada, akak buh gula perang.

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram pisang emas
1 camca besar horlick-tukar gula perang
1 camca besar susu tepung
4 camca besar nestum
1 camca teh penuh baking powder
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
Secubit garam
Buah2 segar untuk hiasan (optional)
Madu (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan pisang, baking powder, horlick, susu dan garam. Lecek pisang tadi hingga halus. Tambah nestum dan tepung gandum. Gaul rata.
  2. Masukkan air dan kacau hingga sebati. Jangan risau jika adunan nampak cair, nanti bila nestum kembang, ia akan jadi pekat sedikit.
  3. Lenser sedikit minyak dalam non-stick pan saiz 4 inci (atau pilihan anda), bila panas, sendukkan bancuhan lempeng pisang tadi, ratakan dan masak dengan api kecil. Tutup permukaannya untuk mempercepatkan proses memasak.
  4. Kemudian berhati2 terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, kalau suka sedikit garingm boleh masa lama sedikit. Angkat dan sejukkan sebentar. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
  5. Hidangkan bersama buah2an segar dan madu (jika suka). Sedap dimakan begitu sahaja. Sesuai untuk sarapan dan minum petang...

Sabtu, Mac 22, 2014

Resepi Kuih Keria Keledek Oren

As'salammualaikum
Walaupun harga keledek kat sini dekat 6 hinggit sekg, akak selalu beli buat kuih keria sebab kuih ni salah satu kesukaan suami akak.  

Tak suka beli sebab selalunya kuih keledek tu rasa tepung ajer..keras pulak tu.  Kalau buat akak selalu tambah sedikit tepung ubi..kali ni akak ambil resepi dari Madiha.

Bahan2
2 cawan keledek rebus yang siap dilecek halus ( keledek warna oren direbus dengan air & sedikit garam)
2/3 cawan tepong gandum
sedikit tepung ubi
1/3 sudu kecil garam
Minyak masak utk menggoreng

Bahan salut
3 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air

Cara menyediakan
1. Campurkan keledek lecek bersama garam & tepong gandum & uli sehingga rata.
2. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian lalu digelek di atas papan pencanai menjadi bentuk silinder seperti keropok lekor tetapi bersaiz lebih besar anggaran berdiameter 2 inci.
3. Baringkan silinder tadi & potongkan kepada 8 bahagian.  Buatkan bentuk lubang ditengah2  & bentukkan menjadi gegelang atau bentuk keria. Habiskan kesemuanya.
4. Panaskan minyak masak api sederhana lalu gorengkan keria sehingga masak kedua2 belah. Angkat & toskan.
5. Dalam kuali bersih yang lain, masukkan bahan salut & masak sehingga gula larut & menjadi pekat, berbuih2 & bertali2 apabila diangkat dengan sudip.  Bila buih2 hampir hilang & pekat, masukkan kuih keria lalu dikacau rata tanpa berhenti. Bila semua kuih bersalut gula, kecilkan api dan terus balik2kan kuih sehingga air gula bersaka (mengeras) & bersalut dengan kuih tadi. Bila dah cukup kering & tiada lagi nampak berkilat, bolehlah tutupkan api & hidangkan.

Jumaat, Mac 21, 2014

Cara Buat Cheezy Cheese Balls

As'salammualaikum

Resepi ni ala-ala bebola cheese KFC, ada gak yang sebut chewy cheese wrecking ball.
 Akak ambil resepi dari blog SINI tapi akak ada tukar bahan-bahan.  Maaf yer tuan empunya resepi.

Bahan-bahan :
  • Cheese 1 bungkus. (mozzarella, cheddar, parmesan, ikotlah suka korang)-akak guna slice cheese bbq-potong kecik pastu bulatkan.
  • Tepung gandum secukupnya-jangan terlebih tepung
  • Kentang 3 biji.
  • Telor putih se biji.
  • Breadscrumb/serbuk roti kaler oren 1 bungkus.
  • Sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam


Cara-cara membuat:
  • 1.Mula-mula kupas kentang, rebuskan kentang dengan sedikit garam sampailah empuk. Toskan dan lenyek sampai hancur.
  • 2. Potong cheese untuk disumbatkan ke dalam bebola itu. Jangan potong beso sangat kang tak muat pulak wrecking ball berinti cheese itu hewhew . Siap
  • 3. Campurkan tepung gandum  secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam.  Masukkan tepung  sikit-sikit sampailah adunan boleh di bentuk bulat.


  • 4.Gaul semua bahan di atas sampai lah sebati dan jadi bebola doh sebesar bola ping pong.
  • 5.Bulatkan doh tadi saiz sedang2, leperkan dia , sumbatkan dengan cheese yang tadi korang potong kecik. Lagi banyak cheese lagi sedap.Tutup dan bulatkan dia balik lawo-lawo.Siap 
  • 6. Pecahkan putih telor kocak-kocak dia.
  • 7. Sediakan sepinggan breadscrumb. Siap


  • 8. Mandikan bebola yang dah siap tadi dalam telor. Golek-golekkan dia. Siap
  • 9. Golek-golekkan bebola atas breadscrumb. Golek sampai serbuk roti tu kena kat semua tempat. Siap


  • 10. Masa untuk goreng homemade chewy cheese wrecking ball hahaha. 
  • Tips : minyak panas tapi api jangan beso sangat nanti hangus.
  • 11. Makanlah apa lagiiii 

Khamis, Mac 20, 2014

Hasil Berblog (Alhamdulliah)

Assalammualaikum semua

Hasil berblog  tak semestinya wang ringgit sahaja
dapat gak 3 barangan Philips
Terima kasih Philips Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada akak buat advertorial dan hasilnya akak dapat semua ni.


Memang terasa happy sangat kerana sebagai seorang wanita dan ibu dah tentu produk ini akan memudahkan kerja kerja akak di dapur :)

Rabu, Mac 19, 2014

Popia Inti Kentang

As'salammualaikum semua


Inti popia ni akak guna ajer inti lebih buat karipap. Kalau nak camner nak buat bolehlah ke SINI

 Cuma sediakan kulit popia dan gulung, 

lekatkan dengan bancuhan tepung gandum, kemudian goreng..tadaa dah siap..senang bukan


Selasa, Mac 18, 2014

Jalan Jalan Ke Brunei (Sambungan)

Assalammualaikum
Lepas makan tengahari di  A' Cafe ARHAB Restaurant, kami jejalan kat sini.  Kami parking tepi jalan pastu jalan kaki 
hari Jumaat cuti pun kena gak bayar BD1.00

Galeri Seni pun tutup..kamu jejalan ajer kat belakang galeri ni
Salah satu tempat lepak ....alahai ramai aa pekerja asing sedang lepak-lepak kat sini

Kat belakang galeri seni ni boleh tenguk pemandangan Kampung Ayer yang terkenal dan menjadi mercu tanda bagi Negara Brunei.  

Walaupun nampak cam biasa ajer tapi sebenarnya banyak kemudahan yang di sediakan di sini.  Kat dalam rumah pun banyak barangan mewah tau

Kena cari member blogger Brunei yang duk kat Kampung Ayer baru akak letak gambar kan :)
Walaupun air sungai nampak keruh tapi tempat ni memang bersih, suka tenguk gelagat pemandu dan penumpang bot ni.

Oleh sebab hari dah petang, kami tak naik punbot ni lagi pun harganya boleh tahan mahal..satu kepala BD15.00.

Kami 4 orang dah berapa dah kan..tukaran wang mahal dah dekat seratus lebih.

Kami balik semula menghala ke Jalan Sultan tempat kami makan tengahari
Sempat singgah kat kedai kain..sajer jamu mata
Banyak tempat menarik tutup..kami gi salah timing.

Isnin, Mac 17, 2014

Resepi Ayam Pedas

As'salammualaikum

Selain dari buat kung pao chicken, isi ayam akak suka gak buat ayam berlada ni, campuran cili merah dan cili api.

Bahan-bahan
3 keping isi ayam-potong kecil
4 biji cili merah
10-15 biji cili api (kalau nak pedas tambah lagi)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
sedikit garam
sedikit gula
1 biji limau kasturi-ambil jus

Cara-caranya

  1. Kisar/tumbuk cili hidup bersama cili api
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, bawang merah dan halia
  3. Bubuh serbuk kunyit dan garam kat isi ayam dan goreng garing.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit kemudian tumis cili kisar dan bawang sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan garam dan sedikit gula dan masukkan ayam dan gaul sebati.
  6. Tutup api masukkan pula jus limau
  7. Rasa dulu, kalau ok bolehlah di angkat

Tamu Kampung Beraya Miri

Assalammualaikum


Suami ajak gi jejalan tepi laut menghala ke Bintulu..dari jauh nampak ada ramai orang kat sini
akak ajak suami singgah nak tenguk 
apa yang menarik
Macam biasa ada pelbagai barang jualan yang ada di sini..durian isau pun ada
Ikan sungai cuma 2 hinggit..dah siap siang dan buh garam, balik cuma goreng ajer.
Murah betul ...
Buah Bambangan akak dah pernah rasa kat Pasar Minggu Seberkas..rasa cam buah kuinin ataupun bacang  
Pelbagai sayur kampung pun ada..harga murah dari bandar Miri tapi agak jauh nak gi..dekat 40km..sekali sekali bolehlah.  Kat sini gak baru akak dapat tau ada orang jual daging rusa halal.



Sabtu, Mac 15, 2014

Udang Geragau/Bubuk Goreng Kunyit

As'salammualaikum semua

Dah makan tengahari ker belum?

Bila banyak bebeno orang jual bubuk/udang geragau segar kat sini, akak teringin nak goreng camni..tu bila member blog Along  sebut.
Senang ajer nak buat, cuma buh garam dan serbuk kunyit selepas di basuh bersih.  Kemudian goreng dengan sedikit minyak, letak hirisan bawang besar dan cili hidup/merah.  

Ira dan Imran tenguk cam pelik sebab tak pernah akak goreng udang geragau, akak dan suami ajerlah yang menghabiskannya.

Jumaat, Mac 14, 2014

Restoran Muara Waterfront Miri.

Assalammualaikum

Akak memang jarang makan kat luar dalam seminggu tu sekali sebab mogok masak..nak berehatlah kononnya. 

Dah pernah dah rasa lalapan..kalau nak tau apa maksud lalapan boleh ke SINI

Kami ke Restoran Muara yang terletak di Waterfront Miri, berderetan dengan kedai jual kek lapis Siti Payung.  Oleh sebab waktu makan tengahari, memang penuhlah restoran ni.

Kami dah dapat tempat duduk, datanglah pelayan ambik order.  Tunggu punya tunggu, hidangan tak sampai-sampai..hairan gak kenapa orang yang datang kemudian dari kami dapat dulu.

Bila panggil balik pelayan tu, dia kelam kabut ambik order balik..geram tul di buatnya tapi dek sebab sifat sabar masih ada kami tunggu gak. 

Tak lama, pelayan tu datang lagi tanya apa yang kami order sebab kertas tadi hilang...tak angin di buatnya.  Suami dah ajak gi tempat lain..akak malaslah pulak.
Akhirnya sampai lalapan ayam yang akak nak ni...harga dekat 10 hinggit.  Tak cukup korum sebab tak ada tempe.

Kalau nak ikan pun ada tapi lagi mahal sikit, yang ada ikan keli (murah sikit), ikan tongkol, ikan tenggiri dan ikan bawal.  Yang paling mahal ialah lalapan udang..sama ajer isinya.  Nasib baik ada sup..kalau idak akak tak makan sebab susah nak telan.
Ira dan Imran share nasi goreng pattaya ni..sepatutnya nasi tu di bungkus dengan telur dadarkan..ni tak letak ajer telur dadar atas nasi goreng tu.

Suami pilih nasi goreng ayam..rasanya sama cam nasi goreng pattaya cuma buh ayam ajer.  Akak kata dorang goreng sekali gus kot.  Semuanya dalam 30 lebih termasuk air.

Restoran ni ada gak kat Permy Jaya dan di Restoran Muara 2, Desa Indah 3, Tudan.


Muara Restaurant

Lot 1306, Miri WaterFront Commercial Centre,

98000, Miri,Sarawak.

Tel: 0168827370, 0146834050, 0198068876

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...