Isnin, Disember 04, 2017

RESEPI UDANG NESTUM SEDAP

Assalammualaikum semua

Bila ada rakan tunjuk gambar udang nestum, rasa teringin nak buat sendiri.


Senang ajer nak buat, akak guna ajer nestum 3 in 1 sebab kalau guna nestum biasa kena masukkan gula.



Bahan-bahannya
20 ekor udang
Setangkai daun kari
5 ulas bawang putih – dicincang halus
3 biji cili – dihiris
Tepung beras
3 paket Nestum 3 in 1
Sedikit susu cair 
Mentega
Garam
Gula
Lada sulah
Serbuk kunyit
Minyak masak


Cara-caranya
1- Kopek kulit udang, tinggalkan bahagian ekor. Bersihkan. Terpulang jika anda tidak mahu kopek pun boleh.
2- Perap udang bersama sedikit garam, serbuk kunyit, gula dan lada sulah lebih kurang 15 minit.
3- Bancuh sedikit tepung  beras dan  gaulkan udang tadi.
4- Goreng udang hingga masak dan kelihatan rangup. Angkat dan toskan.
5- Kemudian, panaskan kuali lain dan masukkan 4 sudu besar mentega.
6- Masukkan bawang putih yang dihiris, cili dan daun kari. Tumis hingga naik bau dan bertukar warna.
7- Masukkan  sedikit susu cair, nestum 3 in 1 dan kacau rata.
8- Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata laju-laju. Matikan api. Sedia untuk dihidang.

2 ulasan: