OOO

Memaparkan catatan dengan label apam sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apam sedap. Papar semua catatan

Khamis, Mac 22, 2012

Apam Pisang Yang Lembutttttttttttttt


Pertama kali buat apam pisang, alhamdulliah jadilah pulak.  Akak buat petang semalam.  Resepi di ambil dari blog MAT GEBU akak gunakan acuan buat kueh apam putri ayu. 
  
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Beberapa titi esen pisang-tak letak
2 biji telur gred B
100 ml minyak jagung 

 1/4 cawan gula perang @ soft brown sugar
150 gram pisang emas
1/2 camca teh soda bicarbonate
Secubit garam
Kelapa parut + secubit gram, gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lensser acuan apam dengan sedikit minyak. Ketepikan. Lecek pisang bersama soda bicarbonate dan secubit garam hingga lumat. Ketepikan.
  2. Pukul gula perang, telur dan minyak hingga sebati dan berkrim. Masukkan pisang lecek dan esen pisang, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  3. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan apam dan kukus 15 minit hingga apam masak. Hidangkan bersama kelapa parut tadi. Selamat mencuba untuk semua...
 
Makan panas-panas pun sodappp

Rabu, Februari 29, 2012

Resepi Apam Polkadot @Apam Comel Inti Kelapa @Apam Blossom

Dulu kami geng masak memasak panggil apam ni apam blossom ataupun apam comel inti kelapa.  Entah camner sekarang ni orang panggil pula apam polkadot.  Tak kisahlah orang nak panggil apa kan..janji ia sedap dan menjadi sebutan ramai.
Fofolur sungguh apam polkadot ni kan..ramai betul yang dah buat untuk jualan. Apam polkadot ni muncul masa kenduri kat rumah akak yang lalu. Tahniah buat mereka. Kalau sape nak buat bolehlah cuba.  Resepi ni di ambil dari Lily@myresipi.com geng masak memasak.

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (utk inti kelapa, follow resepi dibawah) kalau nak buh strawbery, blueberry ataupun kaya boleh juga
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer...
*Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Inti Kelapa:
Bahan-bahan:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 6 sudu makan gula merah
  • 1 sudu teh tpg jagung
  • 1 helai daun pandan-pintal
  • 1/2 cwn air
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan dalam periuk. Masak atas api sederhana. Kacau sentiasa sehingga air kering.

Note:

Tips tambahan untuk buat apam polkadots.
1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). so cara untuk keraskan filling ialah first panaskn butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkan jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..
2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Kukus apam dengan api sederhana. kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.
4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
5. selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.

Rabu, Mac 30, 2011

Resepi Apam Comel ...tapi tak comellah

Apam Comel Inti Kelapa aka Apam Blossom dari lily my resipi com. Kenapa akak punya apam tak comel? Sebab akak buh dalam bekas muffins..bekas kecik/mangkuk kertas tak ada. Patutnya inti kelapa tapi akak buh inti blueberry sebab malas nak buat. Dulu pernah buat sekali buh inti kelapa.

Ada gak yang panggil apam blossom dot dot..tapi akak punya dot dot tak berapa jadi. Tak kisahlah jadi tak jadi janji sodap. Ada gak member buat bisnes jual apam ni.

Bahan-bahan

  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tepung kek
  • 220 gm gula halus-memang kena kurangkan sebab manis
  • 150gm susu segar/UHT
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
Inti Kelapa
  • kelapa parut
  • gula merah
  • 1 sudu teh tepung jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • 2 helai daun pandan-pintal
akak letak blueberry jem
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  2. Pukul dengan menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 minit.
  3. Bahagikan kepada beberapa mangkuk dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
  5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan. Masukkan inti kelapa.
  6. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 minit.
  8. Utk Inti Kelapa: Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
  9. Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.
  10. Notes2: Acuan yg biasa i guna ialah acuan lompang & aluminium...kalo boleh, size paper cups sesuaikan ngan acuan.(guna bekas muffin ajer)

Selasa, April 28, 2009

Resepi Apam Senyum@Apam Sengih@Apam Mekar

Akak ambil resepi ni dari http://rossitamz-kitchen.blogspot.com/..bila tenguk kat umah dia apam dia tersenyum langsung akak terkenan nak membuatnya..bahan dia pun senang nak dapat....Resepi asal ialah daripada Rokaya@My Resepi..

Mula-mula tamak nak buat 2 adunan...lepas baca balik si ita kata dpt banyak..jadi akak buat satu adunan aje...memang dapat banyak...akak boleh bawak ke rumah umi e dan tinggalkan kat rumah sikit..

Bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 camca besar ovallete
  • 1 cawan air aiskrim soda
  • 3 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah jambu dan hijau
  • Papercup secukupnya

Cara-cara :

1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan air aiskrim soda, dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna merah jambu dan hijau. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal sahaja.
5. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus dalam 10 -15 minit.
Oleh sebab akak tak ada bekas besar akak bubuhlah dalam raga ni...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...