OOO

Memaparkan catatan dengan label biskut cornflakes ranggup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label biskut cornflakes ranggup. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 27, 2012

Biskut Cornflakes Ranggup

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya buat semua
 
Tak sempat buat kukis untuk raya sebab sibuk siapkan tempahan kukis coklat chip dan berulang alik ke hospital.  Balik dari kampung suami malam raya ke 3, hari ke 4 baru mula bergotong royong dengan anak-anak pempuan buat 2 jenis kukis.  Salah satunya Popia Nestum..Yana dan Ira nak bawa pulang ke tempat belajar masing-masing.

Biskut ni sedap dan mendapat pujian dari tetamu yang hadir.  Akak guna butter SCS jadi bau dan rasanya lebih sedap dari menggunakan butter yang lain.  Tepung pula akak guna tepung gandum biasa yang di campur dengan 1 sudu teh baking powder sebab tepung naik sendiri tak adalah pulak kat umah. 

Gula aising pun akak tukar ke gula perang/brown sugar sebab stok gula aising dan castor tak adalah pulak dalam kabinet..dah malam mana ada kedai buka. Kalau boleh gunakan cornflakes ori untuk mendapatkan hasil yang terbaik.  Terima kasih kepada Yatie  yang sudi berkongsi resepi.


Bahan-bahan :
250 gm mentega-SCS
3/4 cawan gula aising-tukar ke gula perang 
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes (diramas sikit)-jenama Nestle
2 cawan tepung naik sendiri-tepung gandum + baking powder (ayak)
mangkuk kertas secukupnya

Cara-cara :
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan kuning telur dan pukul lagi. Kemudian masukkan asen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yang diramas tadi. Gaul sebati menggunakan senduk kayu saja.
  4. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit. (Akak bakar cuma 15 minit sahaja)
  6. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...