OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak rendang ayam sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak rendang ayam sedap. Papar semua catatan

Khamis, April 26, 2012

Rendang Ayam Dan Nasi Serai

Rendang adalah salah satu makanan kegemaran orang Malaysia disebabkan rasanya yang enak dan terkenal sehingga di katakan menjadi antara 50 masakan yang paling enak di dunia.  Tak kiralah rendang ayam, daging dan itik memang sentiasa menjadi hidangan wajib di hari raya.  

Dulu waktu akak kecil, nak  menyediakan rendang mengambil masa yang lama hendak membuatnya.  Kena kopek kelapa, parut dan perah untuk mendapatkan santan.  Rempah ratus pula harus di giling menggunakan penggiling, yang paling tak tahan bila part nak giling cili kering..fuhhhh pijar tangan di buatnya.

Dulu kami masak menggunakan kayu api, dah tentulah pedih hingga keluar air mata disebabkan oleh asap yang keluar .  Bila masak pula mengambil masa yang agak lama, kena tunggu sampai rendang kering, bila nak kering kenalah di kacau-kacau sentiasa takut hangus.  

Sekarang ni mudah hendak memasaknya, dah ada santan yang siap di perah di kedai, dah ada pengisar untuk mengisar cili kering dan rempah ratus yang lain pastu cara memasak guna ajer dapur gas.  

Rendang sedap di makan bersama ketupat, ketupat palas, nasi impit dan juga lemang.  Sekarang ni senang nak makan rendang sebab ada di jual di restoran, gerai dan cafe yang bertaburan di Malaysia.

Oleh sebab akak ada keturunan orang N9 mak kadang-kadang masak gak rendang yang di panggil rendang cili api, tapi tak tahanlah perut nak memakannya sebab pedas tak menahan sehingga keluar air mata bila jamah rendang camtu.
Kali ni akak masak rendang ayam pencen.  Kalau guna ayam pencen kenalah masak sampai lembut. (akak rebus dulu guna pressure cooker) Cara nak memasak rendang sama cuma tukar nak guna daging ataupun ayam.
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam-potong 12-16
  • 20 batang cili kering - ikut kepedasan masing-masing*
  • 2 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • 15 biji bawang merah#
  • 8 biji bawang putih#+
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 inci kunyit hidup#
  • 6 batang serai#
  • 3 batang serai-tumbuk hujung
  • 3 helai daun kunyit-siat dan simpul
  • 1kg santan kelapa
  • 2 cawan air
  • 4 sudu makan kerisik
  • sedikit minyak
  • garam dan sedikit air asam jawa
  • nota..kalau guna ayam bandar masukkan ayam selepas masukkan santan..takut ayam hancurlah pulak..potong 12 yer
Cara menyediakannya
1. Sangai bahan-bahan bertanda * dan sejukkan sebelum di kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Kisar pula bahan bertanda #. Ketepikan
3. Bersihkan ayam dan toskan.
4. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan bila minyak panas, tumis bahan-bahan bertanda #.
5. Setelah naik bau baru masukkan pula bahan-bahan bertanda # yang telah di kisar.
6. Bila dah naik bau, masukkan ayam , gaul rata dan biarkan kecut sekejap.
7. Masukkan pula santan pekat dan 2 cawan air. Biarkan santan merenih dan masukkan serai yang telah ditumbuk hujung dan daun kunyit.
8. Bila sudah agak pekat masukkan kerisik, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa dan kacau sebati sehingga kering sedikit.
9. Bolehlah di hidangkan bersama nasi impit, lemang ataupun ketupat.
Kalau masak rendang kenalah rajin masak nasi sedap kan.  Akak lawankan dengan nasi serai.

Nasi Serai
Resepi diambil dari  Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru) - 50 Hidangan Penambat Selera


Bahan A:-
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi-akak guna minyak jagung campur mentega
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):-
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan
  2. Panaskan minyak sapi dalam kuali  dan tumiskan bahan B bersama serai dan daun pandan dan tumis sehingga wangi. 
  3. Masukkan beras dan kacau sebenar dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Masukkan air, kiub pati ayam dan garam dan masaklah nasi seperti biasa.
  5. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, kareh nasi gunakan chopstick dan biarkan nasi masak.  
  6. Tabur dengan daun bawang dan bawang goreng sebelum atau selepas di hidang. 
Kalau korang rasa blog akak layak untuk 4 kategori ni...anda bolehlah vote melalui fb anda  

Terima kasih kepada yang sudi mengundi blog akak.
 

Ahad, April 24, 2011

Resepi Rendang Ayam Kampung

Memang tak ada masa nak buka blog semalam.  Malam Sabtu (tengah layan Maharaja Lawak masa tu) ,dapat panggilan dari adik ipar yang duk kat Pulau Langkawi bagitau mak mertua dia meninggal dunia di Hospital Seremban.

Oleh sebab dah pukul 10.00 lebih, feri dah tak ada dan kalau nak naik flight Air Asia pun dah tak ada, kenalah beliau tunggu sampai pagi esoknya baru dapat balik ke sini.  Tulah yang tak best kalau duk kat pulau ni, bila ada kematian payah nak balik.

Beliau minta tolong kami booking tiket penerbang paling awal di sana kat umah mereka tak ada internet, kalau nak gi ke cc pun dah tutup.  Oleh sebab akak ni tak pernah buat tempahan online jadi kelam kabut gak dibuatnya.  Selalunya anak yang buat.  Alhamdulliah dalam pukul 12.00 tgh malam dapat gak tiket flight nak balik ke sini.
 
Pepagi akak dah bertolak dari rumah nak ke rumah arwah di Felda Pasoh di NS, sampai kat sana jenazah belum dapat di bawa balik ke rumah sebab menunggu ketibaan doktor nak buat post mortem.  Lupa pulak, arwah meninggal sebab kemalangan masa naik motosikal.  Arwah membonceng motosikal yang di bawa oleh rakan sekampung, tak tau nak ke mana masa tu..tiba-tiba tayar moto pancit.  

Mungkin dah ajal arwah terjatuh dan kepala terhentak di atas jalanraya, dari situ ke Pusat Kesihatan di situ...pastu ke Hospital Jelebu dan akhirnya ke Hospital Seremban dan beliau menghembuskan nafas terakhir di situ.  Al fatihah buat arwah dan semuga rohnya di tempatkan bersama-sama orang-orang beriman.

Adik ipar yang tinggal di Nilai ambil mereka di LCCT dan terus ke Hospital Seremban.  Adik beradik suami yang tinggal di Segamat, Bahau, Melaka berkumpul di rumah arwah sehingga jenazah sampai pukul 4.00 lebih.  Apabila jenazah hendak di bawa ke perkuburan , kami bergegas pulak ke rumah kakak ipar di Kelang sebab ada kenduri tahlil di rumah beliau.

Sampai di situ dah maghrib dan selepas ishak majlis di mulakan.  Selama majlis tamat, borak-borak dalam pukul 12.00 lebih balik ke rumah semula.  Balik memang rasa penat sungguh.
Buat rendang ayam ni minggu lepas masa masak nasi minyak citarasawan tempuh hari.  Resepi ni  di ambil dari blog Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan
Santan kelapa secukupnya-akak guna 1/2 kg santan pekat
Air panas, jika perlu
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik
2 camca besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah "Baba's")
Garam secukup rasa


BAHAN KISAR HALUS :-)
13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras-tak letak
15 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan- tak letak
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus


BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul-betul  sejuk sebelum menutupnya.

Khamis, Oktober 21, 2010

Resepi Ayam Rendang Pedas Onyang

Mula-mula buka halaman majalah Saji ni akak rasa pelik gak tenguk nama rendang ni.  Onyang rasanya nenek kot.  Tak  perasan dari negeri mana.  Buat rendang stail ni agak sempoi. Hiris ajer tapi akak kisar semua kecuali daun kunyit dan serai.

Sedap gak buat rendang orang lain ni.  Jomlah buat. 
Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong 12
12 tangkai cili kering-kisar
4 batang serai-titik
20 ulas bawang merah-kisar
8 bii bawang putih-akak tambah
1 inci kunyit hidup-kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
5 helai daun kunyit-dihiris halus
1 keping asam gelugur
1/2 inci lengkuas-kisar
1 kg  pati santan
1/2 inci halia-kisar
1/2 cawan kerisik
garaam dan gsedikit gula

Cara menyediakan
1.  Ayam di bersih dan dimasukkan ke dalam kuali besar.
2.  Masukkan bahan yang telah di kisar. Masukkan juga daun kunyit yang telah dihirs bersama asam gelugur dan pati santan.  Masukkan sedikit air.
3.  Gaulkan semua ramuan tadi sehingga rata dan dimasak diatas api yang sederhana.
4.  Setelah mendidih, masukkan kerisik, garam dan kecilkan api.  Kacau perlahan-lahan sekali sekala sehingga kuah pekat dan naik minyak
5.  Akhir sekali, buangkan asam gelugur dan hidangkan.

Hidangan ini boleh dimakan dengan nasi, lemang atau ketupat

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...