Isnin, Ogos 28, 2017

Video Cara Buat Begedil/Pegedil Kentang Sedap

Assalammualaikum semua


Kali ni akak share dalam video cara macam mana akak buat guna video pulak.

Harap boleh membantu pengunjung blog akak.


Bahan-bahan
  • 6 biji ubi kentang
  • 4 biji bawang merah - hiris tipis *guna bawang goreng pun boleh
  • 50gm daging kisar
  • 1/2 sudu teh lada hitam halus
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • sedikit daun sop/bawang-hiris halus
  • putih telur (dari satu biji telur)
  • garam dan minyak secukupnya


  1.  Bersihkan kentang, potong 8 dan goreng/rebus. Toskan.
  2.  Goreng bawang merah dan toskan.
  3.  Goreng daging kisar yang telah di gaul dengan lada hitam dengan minyak yang sedikit. Toskan.
  4. Tumbuk  ubi kentang tadi bersama-sama dengan semua bahan termasuk garam.
  5. Kepal dan bentukkan bulat/bujur.
  6. Salut dengan putih telur dan goreng dengan api yang sederhana.
  7. Sedap di makan bersama sup ataupun makan camtu ajer😍

2 ulasan:

  1. la senang je nak buat benda alah tu.. rasa boleh try kat umah..

    BalasPadam
  2. Encik tunnag SA suka ni bergedil..boleh la SA belajar buat..mana tau dia suka plak kan...

    BalasPadam