Sabtu, September 24, 2016

The Biggest PONEY Warehouse Sale (28 September-3 Oktober 2016)

Yeszaaa

Jualan gudang terbesar PONEY kembali lagi.
Koleksi pakaian kanak-kanak PONEY memang sangat menarik kerana terdapat pelbagai pilihan , kelainan dengan kualiti serta material yang baik dan bersesuaian dengan kanak-kanak.


Sempena dengan jualan gudang ni, PONEY menawarkan banyak pilihan kanak-kanak lelaki dan perempuan.    

Selain daripada rekaannya yang menawan, pelbagai warna yang menarik, pakaian PONEY tahan lasak, kain lembut dan serap peluh.  

Dah tentu setiap ibubapa menantikan peluang untuk mendapatkan pakaian PONEY yang berkualiti dan tahan lasak untuk anak-anak tersayang.


Jualan Gudang/Warehouse Sales Poney
  • Tarikh : 28 September - 3 Oktober 2016
  • Masa Jualan10 pagi-7 malam
  • Alamat No. 19, Jalan SP 2/7 & Seksyen 2, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor
(We're at the open space car park right in front of PONEY Garments HQ, Seri Kembangan!)

Pelbagai rekaan akan di jual dan harga barangan yang di tawarkan dari serendah RM5.00 sehelai.
Wah cantiknya untuk gegirl kan, bolehlah akak grab untuk cucu akak Humairah. Sweet sangat design baju ni kan.

Jangan lepaskan tawaran sehebat ini, pakaian jenama Poney seperti yang kita tau memang bermutu tinggi, rugi kalau tak pergi.

Jika anda membeli lebih dari RM150.00, dapat free PONEY membership tau.

Untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook

Jangan risau sesat, guna ajer  Waze to "Poney Garments Sdn Bhd"

Jumaat, September 23, 2016

Cabaran Hidup

Assalammualaikum semua

Setiap manusia akan menghadapai pelbagai cabaran bila meningkat dewasa.

Setiap kehidupan manusia takkan sama, terutama bila sudah memulakan kehidupan berdua dengan orang tersayang.  Kadang kala pilihan kita tak di restui, ibubapa lebih suka dengan pilihan mereka.

"Jalan menembus hutan tidak terasa panjang
jika kau mencintai orang yang akan kau temui."
- Peribahasa Afrika.

Terpaksalah anak mengalah dan menerima sahaja pilihan orangtua untuk memulakan kehidupan berumahtangga.  

Bila suami pandai mengambil hati isteri dan melayan dengan penuh kasih sayang, si isteri akan mula menerima kehadiran sang suami pilihan ibubapa.

Bila mulut mulut yang hendak di suap semakin bertambah, isteri yang di kurniakan kebolehan boleh menjahit pakaian untuk membantu suami dengan harapan agar setiap anak merasa kenyang perutnya, tiada keluh kesah dan rungutan kerana tiada apa yang perlu di hidangkan untuk anak anak tersayang.

Dugaan besar tiba bila suami di berhentikan kerja, alhamdulliah dapat duit pampasan untuk di gunakan, suami mula leka bila memikirkan wang masih banyak. 

Setiap hari menghabiskan masa di warung kopi dan mula bergaul dengan orang yang tak punya wawasan untuk berjaya.  Bila duit ashik keluar sahaja tanpa masuk ibarat mengali gunung lama lama gunung akan menjadi rata.

Bersambung....

p/s imej dari google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers